Sunday, November 24, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Norlaile Abd Rahman

Norlaile Abd Rahman

2672 Artikel 0 Komen

Syed Mokhtar beli 49% saham Lotus

Syarikat dari China, Geely menguasai 51 peratus kepentingan Lotus manakala EASB yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar memiliki baki 49 peratus saham pengeluar kereta sport itu.

Proton kekal syarikat kereta nasional

Syed Faisal berkata, syarikat kereta nasional itu terpaksa mencari rakan kongsi asing yang mampu menaikkan semula jenama dan jualan kenderaannya sekali gus mengekalkan lebih 10,000 pekerja di syarikat tersebut. “Tiada gunanya jika kita mengeluarkan dan menjual sebuah model sahaja tetapi mempunyai 10,000 pekerja jadi dengan adanya Geely, kami merancang untuk mengeluarkan lebih banyak model serta meneroka pasaran-pasaran baharu. “Dengan ini kami berharap bukan sahaja akan mengekalkan pekerja sedia ada malah menambah lebih ramai kakitangan.

Kerajaan bayar RM1.1 bilion untuk geran R&D Proton

Ketika ditanya mengapa, kerajaan tidak membayar keseluruhan kos R&D iaitu sebanyak RM3.5 bilion kepada Proton, Johari berkata, ia adalah keputusan mutlak kerajaan untuk menentukan jumlahnya.

Proton lepas pegangan Lotus kepada Geely

Bagaimanapun, dengan perjanjian itu, Proton akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam Lotus, kepada Geely Holding, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen sports car.

Multi tasking membunuh jadi idea Bakri bawa pulang Beetle

“Memang kita rasa kita hebat, kita rasa kita ada empat tangan dan boleh memandu pelbagai perkara sekaligus tetapi hakikatnya, kita hanya dikurniakan dua tangan sahaja. Jadi pergerakan dan tumpuan kita adalah terhad," katanya.

Vincent Tan mahu derma separuh kekayaan

“Jadi saya menyeru individu-individu kaya supaya lebih banyak memberi kepada golongan yang lebih memerlukan kerana semasa kita menjalankan perniagaan sehingga berjaya kini, merekalah yang banyak menyokong dengan membeli barangan dan perkhidmatan yang kita tawarkan,” demikian nasihat yang diberikan oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

OPR kekal 3 peratus

Menurut Bank Negara, pertumbuhan dipacu terutamanya oleh permintaan domestik di tengah-tengah perkembangan gaji dan kadar pekerjaan selain pelaksanaan projek-projek pelaburan baharu serta yang sedang dilaksanakan. Bagi perkembangan luar pula, penambahbaikan pertumbuhan global mendorong eksport yang lebih kukuh dan seterusnya memberi sumbangan positif kepada Malaysia.

Belum buat keputusan muktamad pelaburan di Kanada-Petronas

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, apa yang penting bagi Petronas adalah memastikan projek terminal Pacific NorthWest gas asli cecair (LNG) di Kanada itu mempunyai daya saing yang tinggi berbanding pengeluar-pengeluar yang lain memandangkan harga LNG ketika ini berada di paras yang rendah.

Pemotongan bekalan minyak diteruskan

Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid Al-Falih berkata, berdasarkan rundingan yang dibuat bersama ahli-ahli Negara Pengeksport Minyak (OPEC), beliau yakin lebihan bekalan akan berterusan seterusnya menyebabkan mereka terpaksa memanjangkan tempoh pemotongan bekalan bagi menstabilkan harga minyak dunia.

Syarikat minyak perlu promosi gas asli, tenaga diperbaharui – PM

"Ini adalah masa yang terbaik untuk menggalakkan penggunaan gas asli di dalam pasaran -pasaran baharu kerana harganya lebih menarik dibantu oleh pelaburan betul dalam infrastruktur," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.