Vincent Tan
Vincent Tan

KUALA LUMPUR – “Kenapa perlu tinggalkan kekayaan untuk diwarisi anak-anak? Sedangkan dengan pendidikan yang baik, mereka pasti dapat menjalani kehidupan tanpa perlu bergantung kepada harta ibu bapa.

“Jadi saya menyeru individu-individu kaya supaya lebih banyak memberi kepada golongan yang lebih memerlukan kerana semasa kita menjalankan perniagaan sehingga berjaya kini, merekalah yang banyak menyokong dengan membeli barangan dan perkhidmatan yang kita tawarkan,” demikian nasihat yang diberikan oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan pada sidang media selepas menghadiri seminar Solidariti Asean Untuk Mengakhiri Kemiskinan Menerusi

Hartawan terkenal yang pernah disenarai dalam billionaire Forbes itu berkata, masih ramai orang miskin dan tidak berumah yang perlu diberi bantuan dan beliau merancang untuk mendermakan 50 peratus kekayaannya untuk tujuan kebajikan.

Tambahnya, bantuan tersebut bukan sahaja bersifat bermusim tetapi lebih kepada memberi satu kehidupan baharu kepada golongan tersebut.

“Kita mungkin tidak tahu bahawa ada orang yang tidur di bawah jambatan atau di tepi batu nisan kubur kerana tidak mempunyai rumah.

“Cuba bayangkan apakah perasaan mereka apabila kita hadir memberikan bantuan kepada mereka dengan membina sebuah rumah untuk mereka berlindung?” katanya dengan nada yang sayu.

Dengan itu, Vincent melalui Kumpulan Berjaya menjemput Gawad Kalinga Community Foundation Inc. Filipina (Gawad Kalinga) untuk sama-sama membasmi kemiskinan di Malaysia dan seluruh ASEAN.

Buat permulaan Vincent berkata, ia akan membina 500 buah rumah kepada golongan memerlukan.

Gawad Kalinga sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Tony Meloto dari Filipina sangat aktif di dalam kerja-kerja kemasyarakatan terutama di dalam pembasmian kemiskinan.

Menerusi misi yang berbeza dengan NGO-NGO lain, Gawad Kalinga lebih mementingkan pembangunan masyarakat itu sendiri supaya mereka boleh keluar dari kepompong kemiskinan menerusi peluang pendidikan dan keusahawanan berbanding memberikan bantuan secara one-off.

“Diharapkan Gawad Kalinga dapat melakukan perkara yang sama di Malaysia seperti yang mereka telah dicapai di Filipina.

“Ini bukan soal memberi makanan kepada golongan miskin sahaja tetapi dengan sistem yang betul, kita mampu memberikan kehidupan baharu yang lebih baik kepada mereka,” katanya. -MalaysiaGazette