Lensa MalaysiaGazette
Air Mata ‘Azmin Ali’ Mengalir, Doa Selamat Tolak Fitnah
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menahan sebak ketika mengaminkan doa pada Majlis Doa Selamat sempena kemenangan menolak politik fitnah terhadap Azmin Ali di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 JULAI 2019.
Daily Life – Orang Ramai Ambil Bekalan Air #AirTakAda
Sebahagian penduduk dilihat sedang menadah air dari paip bekalan air sementara yang disediakan oleh Bekalan Air Selangor berikutan gangguan bekalan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 JULAI 2019.
LENSA MG | Apa Agaknya Mencuit Hati YDP Agong dan Raja...
Reaksi ceria Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berkenan menyaksikan perarakan pada Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 20 JULAI 2019.
Saifuddin Nasution Lancar Program Food Bank Malaysia @ Pasar Tani
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan hasil pertanian kepada Pengerusi FAMA, Ishak Ismail (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Program Food Bank Malaysia @ Pasar Tani di Pasar Tani Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 19 JULAI 2019
Najib Razak #Mahkamah #bossku
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa waktu rehat pada perbicaraan kes SRC International Sdn BHD membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 18 JULAI 2019.
Tun Mahathir Garu Kepala di Parlimen
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbahas pada Sidang Dewan Rakyat bagi membentangkan usul persempadanan semula negeri Sabah di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 JULAI 2019
Datuk Seri Najib dan Tan Sri Shafie Abdullah Ceria di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Peguam, Tan Sri Shafie Abdullah semasa waktu rehat pada perbicaraan kes SRC International Sdn BHD membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 JULAI 2019.
Suasana Parlimen | RUU Pindaan Had Umur Mengundi #18Tahun #TunMahathir
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas selesai menggulung perbahasan undang - undang pindahan had umur 18 tahun untuk layak mengund pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JULAI 2019
Najib Hadir di Mahkamah Kes SRC International Sdn Bhd
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perrbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JULAI 2019.
Daily Life – Durian Lelong #KakiDurian
Reaksi seorang peniaga durian di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019