Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – Kuala Lumpur #2019
Penduduk di ibu kota kembali bekerja selepas cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Putra, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 JUN 2019
Daily Life – Taman Rama-Rama
Kelihatan rama-rama hinggap pada tangan pengunjung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Rama-Rama, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 07 JUN 2019.
Daily Life – Raya Sedondon di Ibu Kota Kuala Lumpur #RayaAidilfitri2019
Adam Afeeq (kiri), Adelia (tengah) dan Adam Aqeef (kanan) bermain bunga api bersama bagi memeriahkan suasana malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2019.
Daily Life – Raya Aidilfitri Dalam Tangisan #RumahTerbakar #Kg.Baru
Mangsa, Mohd Indra Mulia, 20 dilihat mencari barang-barang yang masih boleh diselamatkan di dalam hujan selepas kebakaran yang melibatkan lima buah rumah berlaku pada jam 7.30 malam semalam di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 06 JUN 2019.
Kompleks Seri Perdana Sesak Dengan 50,000 Pengunjung
Orang ramai hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2019 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 05 JUN 2019
Agong, Al-Sultan Abdullah Solat Sunat Aidifitri Bersama Rakyat di Masjid Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri yang di imamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad turut serta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Jemaah-jemaah Menteri dan orang ramai sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 05 JUN 2019
Daily Life – Selamat Hari Raya Aidilfitri #MalamRaya #2019
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi bermain bunga api berus periuk bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.
Daily Life – Persiapan Juadah #RayaAidilfitri2019
Pengunjung membeli daging segar sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2019
Daily Life – Kemeriahan Panjut Pelita #RayaAidilfitri2019
Seorang kanak-kanak, Muhammad Aniq Aiman Muhammad Ridzuan, 10, menyalakan pelita pada Pesta Panjut 2019 Peringkat Dun Gombak Setia semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Sri Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 MEI 2019
Daily Life – Cerapan Anak Bulan Syawal #RayaAidilfitri2019
Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop sambil memegang payung berikutan hujan mula turun bagi menetapkan bulan Syawal semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 JUN 2019