Adam Afeeq (kiri), Adelia (tengah) dan Adam Aqeef (kanan) bermain bunga api bersama bagi memeriahkan suasana malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2019.

Syawal merupakan bulan di mana umat Islam seluruh dunia akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan menunaikan ibadah puasa. Tidak ketinggalan penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam turut meraikan perayaan tersebut dengan meriah.

Kebiasaannya orang ramai akan mengambil cuti yang panjang bagi menyambut hari yang istimewa itu bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Tetapi tidak bagi sesetangah keluarga yang mempunyai kampung di tengah ibu kota iaitu Kampung Baru.

Bagi Siti Noor Faizah, menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya dan adik saudara di ibu kota sudah menjadi kebiasaan dari tahun ke tahun. Beliau sentiasa menyambut perayaan itu dengan meriah seperti memasang pelita, memakai baju raya dan menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai.

Bermain bunga api pada hari raya juga sudah menjadi tradisi keluarganya. Bagi kanak-kanak meraikan Aidilfitri dengan bermain bunga api adalah perkara yang mengujakan dan kemeriahan hari raya dapat lebih dirasai.

Namun begitu, orang dewasa haruslah memerhati dan mengawasi kanak-kanak yang bermain bunga api agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

 

MGF01062019_BUNGA API DI AIDILFITRI_03
Reaksi ceria Adam Afeeq (kiri), Adam Aqeef (tengah) dan Adelia (kanan) bermain bunga api bersama bagi memeriahkan suasana malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2019.
MGF01062019_BUNGA API DI AIDILFITRI_04
Reaksi ceria Adam Afeeq (kiri), Adam Aqeef (tengah) dan Adelia (kanan) bermain bunga api bersama bagi memeriahkan suasana malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2019.
MGF01062019_BUNGA API DI AIDILFITRI_06
Adam Afeeq bermain bunga api bagi memeriahkan suasana malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 JUN 2019.
MGF01062019_BUNGA API DI AIDILFITRI_07
Adam Aqeef (kanan) dan Adam Afeeq bermain bunga api bagi memeriahkan suasana malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 JUN 2019.
MGF01062019_BUNGA API DI AIDILFITRI_09
Reaksi Adam Afeeq (kiri), Adelia (tengah) dan Adam Aqeef (kanan) ketika bermain mercun bersama bagi memeriahkan suasana malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2019.
MGF01062019_BUNGA API DI AIDILFITRI_10
Penduduk, Siti Noor Faizah (tengah) melihat anak-anak, Adam Afeeq (kiri), Adam Aqeef (kanan), Adelia (dua kanan) bersama adik saudaranya, Azzam Wahyudi (dua kiri) bermain mercun dan bunga api dihalaman rumah berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas KLCC sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2019.
MGF01062019_BUNGA API DI AIDILFITRI_12
Teknik ‘slow shutter’ memaparkan Raya 2019 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 JUN 2019