Lensa MalaysiaGazette
🎥EKSKLUSIF OWH! MG | Makan Tikus Dalam Penjara
🎥EKSKLUSIF OWH! MG | Makan Tikus Dalam Penjara
Kamaruddin Jaafar Beri Sumbangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan pada Majlis Sumbangan Sempena Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dataran KAMARA, Kampung Malaysia Raya, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 26 MEI 2019.
Zuraida Kamaruddin Rasmi Kempen Keselamatan dan Ops Raya 2019 #BOMBA
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (tengah) melawat tapak pameran selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan dan Ops Raya 2019 di IOI City Mall, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 25 MEI 2019.
Daily Life – Service Kereta #Raya2019
Kelihatan pekerja bengkel sibuk menyelenggara kereta yang dihantar pelanggan bagi melancarkan perjalan pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seri Kembangan, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2019
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Rasmi Program E-Donations
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services, Mohd Khairil Abdullah (tengah) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Program E-Donations di Menara Axiata, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2019
Najib Razak Pergi Bazar Ramadan Kampung Baru
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 24 MEI 2019
Tengku Permaisuri Norashikin Lancar Starvendors Mega Raya Fest 2019
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan melawat tapak jualan selepas Majlis Pelancaran Starvendors Mega Raya Fest 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.foto NOOREEZA HASHIM, 24 MEI 2019.
Ketua Polis Negara Lancar Op Selamat 15/2019
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyempurnakan gimik pelepasan pada Majlis Pelancaran Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri di Menara TM, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 24 MEI 2019
Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) di Putrajaya
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano (kanan) bergambar kenangan bersama Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Mesyuarat Bersama Pengurusan Tertinggi Manchester City di Pejabat Menteri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 23 MEI 2019
Kulasegaran Saksi Perjanjian Persefahaman Dong Zong
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran meluangkan masa melawat ruang pameran ketika hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia di Kolej Universiti New Era Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 MEI 2019