Lensa MalaysiaGazette
Datuk Seri Najib dan Tan Sri Shafie Abdullah Ceria di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Peguam, Tan Sri Shafie Abdullah semasa waktu rehat pada perbicaraan kes SRC International Sdn BHD membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 17 JULAI 2019.
Suasana Parlimen | RUU Pindaan Had Umur Mengundi #18Tahun #TunMahathir
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas selesai menggulung perbahasan undang - undang pindahan had umur 18 tahun untuk layak mengund pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JULAI 2019
Najib Hadir di Mahkamah Kes SRC International Sdn Bhd
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perrbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JULAI 2019.
Daily Life – Durian Lelong #KakiDurian
Reaksi seorang peniaga durian di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
PATI Kotaraya Jadi Tumpuan Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia
Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud turut memeriksa butir peribadi pekerja asing ketika mengetuai Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia di hadapan Kompleks Kotaraya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 14 JULAI 2019.
ALIKE Spring Summer Collection 2020 #MIF
Sebahagian busana yang diperagakan pada Pertunjukan Fesyen ALIKE Spring Summer Collection 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 JULAI 2019
Wakil Nelayan-Nelayan Himpun Bantah Projek Penambakan Pulau Pinang
Suasana ketika wakil-wakil Nelayan Pulau Pinang, Perak dan wakil NGOS hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan projek penambakan Pulau Pinang kepada Perdana Menteri dan beberapa menteri lain dalam perhimpunan rakyat di hadapan luar Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 11 JULAI 2019.
Tun Mahathir Lancar Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (kiri) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Hatta Md Ramli (kanan) menunjukkan buku Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 semasa pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 JULAI 2019.
Daily Life – KL #2019
Kelihatan pengunjung berjalan pulang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pavillion, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 JULAI 2019.
Syed Saddiq di Makan Malam Kejohanan Debat Antara Sekolah 2019
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beramah mesra ketika hadir pada Majlis Makan Malam Kejohanan Debat Antara Sekolah 2019 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor. foto IQBAL BASRI, 07 JULAI 2019

















