Saturday, August 22, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Solat Jenazah Ghaib Untuk 50 Mangsa Tragedi di Christchurch, New Zealand

Seorang jemaah kelihatan khusuk sewaktu mengaminakan doa selepas melalukan solat jenazah ghaib untuk 50 mangsa tragedi tembakan pengganas yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu di Masjid Sallehin Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2019.

Tahan Reman Pegawai Kanan SSM dan Pengarah Konsultan Projek – SPRM

Anggota SPRM mengiringi seorang pegawai kanan SSM dan seorang pengarah konsultan projek yang ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung skandal projek melibatkan bernilai RM30 Juta di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 22 MAC 2019.

Harimau Malaya Tewas, Tiada Tempat di Final

Pemain Malaysia, Zaquan Adha mengawal bola melepasi penjaga gawang Singapura, Izwan Mahbud pada perlawanan pusingan separuh akhir Piala Air Marine 2019 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 20 MAC 2019

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KDN

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampai Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Jabatan Imegresen Malaysia, Wan Suhaini Wan Mohamad (kanan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Dalam Negeri Tahun 2018 di Auditorium KDN Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 21 MAC 2019.

Dr. Zulkefly Ahmad Lancar Hari Pergigian Sedunia 2019

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Zulkefly Ahmad bergambar kenangan sambil melaungkan slogan “Say Ahh” pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia (WOHD) 2019 di di Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 20 MAC 2019.

Tun M di Sidang Dewan Rakyat

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 MAC 2019

Datuk Kesavadas Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara Baharu

Ahli Dewan Negara yang baharu, Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair mengangkat sumpah mewakili Dun Negeri Sembilan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 MAC 2019

Tuan Baru Bian Rasmi Asean Super 8 and ICW 2019

Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Asean Super 8 and ICW 2019 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 MAC 2019

Advance Pact Terima Anugerah Penilaian Kompetitif CIDB

Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian menyampaikan Anugerah Penilaian Kompetitif CIDB untuk Program Peningkatan (Score) Pencapaian Lima Bintang kepada wakil Syarikat Advance Pact, Zamri Mohamad pada Majlis Perasmian Asean Super 8 and ICW 2019 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 MAC 2019

Daily Life – Seni Muay Thai

Sebahagian aksi peserta dewasa semasa mengikuti kelas seni mempertahankan diri Muay Thai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 MAC 2019