Saturday, August 22, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Persembahan Bertenaga Siti Nurhaliza di Konsert On Tour

Penyanyi, Datuk Sri Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Konsert Datuk Sri Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto NOOREEZA HASHIM, 16 MAC 2019.

Tun M Lancar Ikon Remaja Wilayah Persekutuan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) sempat meluangkan masa berswafoto bersama sebahagian peserta selepas Majlis Pelancaran Program Ikon Remaja Wilayah Persekutuan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 16 MAC 2019.

Daily Life – Menara Exchange 106

Mercu tanda baharu bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia, Menara Exchange 106 kini giat dibangunkan di Tun Razak Exchange (TRX) merangkumi kawasan seluas 70 ekar yang bakal dijadikan sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 15 MAC 2019

Suasana Operasi Kawasan Pembuangan Sisa Bahan Kimia

Beberapa Anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan alat Analisis Gasmet untuk mengukur tahap radiasi yang tercemar ditempat pembuangan sisa bahan kimia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Kim Kim, Masai, Johor Bahru. foto RAJA JAAFAR ALI, 14 MAC 2019

Syed Saddiq di Persidangan Meja Bulat Belia

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima resolusi persidangan dari wakil peserta pada Persidangan Meja Bulat Belia di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 MAC 2019

Lawatan Wakil BERNAS ke Ibu Pejabat Malaysia Gazette

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (tengah) mewakili kakitangan MG menerima cenderahati daripada Penolong Pengurus Jabatan Komunikasi BERNAS, Mohd Zulhelmy Ismail (empat kanan) dan Norazuwa Mat Rahim (tiga kanan) selepas sesi lawatan ke Ibu Pejabat Malaysia Gazette, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 14 MAC 2019.

Guan Eng Rasmi Dana Pembangunan Pembiayaan Mampan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (kanan) merasmikan gimik pelancaran diiringi oleh Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Datuk Zaiton Mohd Hassan (kiri) pada Majlis Perasmian Dana Pembangunan Pembiayaan Mampan (SDFF) dibawakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Nusantara Ballroom, Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 13 MAC 2019.

Pandangan Kuala Lumpur Kabur Akibat Jerebu #2019

Kelihatan seorang lelaki leka bermain telefon bimbit berlatarkan bandaraya Kuala Lumpur yang terjejas akibat jerebu semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 MAC 2019

Hina Nabi Mahkamah Jatuh Hukum Penjara 7Bulan

Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52 hadir pada pendengaran fakta kes serta jatuh hukum selepas melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 MAC 2019

YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Rasmi Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke 14

Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima titah diraja daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kiri) sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2019 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 MAC 2019