Lensa MalaysiaGazette
Majlis Zikir Perdana Sedunia 2023
Suasana para Jemaah hadir ke Majlis Zikir Perdana Sedunia di Masjid Putra, Putrajaya. Foto QURRATU AINI, 14 OKTOBER 2023.
Suasana Sambutan Hari Sukan Negara di Putrajaya
Peserta melakukan aksi pada pertandingan 'BMX Freestyle Challenge' pada Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2023 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 14 OKTOBER 2023.
PM Anwar Rasmi Hari Sukan Negara 2023
Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pelepasan larian selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2023 di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.Foto WAN NABIL NASIR, 14 OKTOBER 2023.
Keadaan Padang Pada Perlawanan Pembukaan #PestabolaMerdeka
Pemain pasukan Malaysia, Matthew Davies diasak pemain pasukan India, Akash Mishra (kanan) dengan keadaan padang yang kelihatan rosak pada perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 OKTOBER 2023.
Aksi Perlawanan Malaysia Benam India 4 – 2 #PestabolaMerdeka2023
Pemain pasukan Malaysia, Dion Cools meraikan jaringan bersama rakan pasukan pada perlawanan pembukaan Piala Pestabola Merdeka 2023 di antara Malaysia dan India di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 OKTOBER 2023.
Penyokong Harimau Malaysia di Bukit Jalil #PestabolaMerdeka2023
Penyokong harimau malaya hadir bagi memeriahkan perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023 di antara Malaysia menentang India ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2023.
LENSA MG | Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2024
Orang awam mengikuti pembentangan Belanjawan 2024 secara langsung yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen ketika tinjauan di sekitar Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 13 OKTOBER 2023.
LENSA MG | Himpunan Solidariti Rakyat Malaysia Bersama PALESTIN
Umat islam membakar bendera Israel sebagai tanda protes dan solidariti terhadap peperangan di Palestin di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2023.
Penumpang MYAirlines Terkandas di KLIA2
Seorang penumpang menunjukkan jadual penerbangan terpaksa dibatalkan selepas operasi penerbangan MYAirline ditutup serta merta hari ini ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang. Foto MALAYSIA GAZETTE, 12 OKTOBER 2023.
Laungan ‘Pulangkan Najib’ di Perkarangan Mahkamah KL
Sebahagian daripada 30 orang mahasiswa yang membuat Himpunan Pulangkan Najib sambil memegang plakad bagi mendesak membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM,12 OKTOBER 2023.