Thursday, August 20, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Anwar Ibrahim Rasmi Kongres Nasional Keadilan 2025

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Kongres Nasional Keadilan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Foto AIZAT ZAINAL, 23 MEI 2025.

Fuziah Salleh Merasmikan Kongres AMK dan Wanita PKR 2025

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh melakukan gimik Perasmian Bersama Kongres AMK dan Kongres Wanita PKR sambil diiringi Ketua AMK, Adam Adli dan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 22 MEI 2025.

Persiapan Terakhir Kongres Nasional Keadilan 2025

Petugas giat melakukan persiapan terakhir sempena Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 yang akan bermula pada hari ini sehingga sabtu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Foto MOHD ADZLAN, 22 MEI 2025.

Nurul Izzah Gembira Pada Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan PKR Selangor

Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar beramah mesra ketika hadir pada Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 14 MEI 2025.

PM Anwar Disambut Presiden Vladimir Putin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin yang menempatkan kediaman rasmi Presiden, Vladimir Putin dalam lawatan empat hari bagi memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia di Moscow, Rusia. Foto PEJABAT PERDANA MENTERI.

Doa, Tangisan Air Mata Pengebumian ‘Lans Koperal Damarrulan’ dan ‘Sarjan Roslan’

Bapa, Abdul Latiff kusyuk mendoakan selepas selesai pengebumian jenazah anaknya yang juga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2025.

India Lancar Peluru Berpandu Ke Atas Pakistan

Sebahagian bangunan Kompleks Kesihatan dan Pendidikan Kerajaan musnah selepas serangan peluru berpandu India di Muridke, kira-kira 30 kilometer dari Lahore. Angka kematian akibat serangan India di Pakistan meningkat kepada lapan. Foto AFP, 07 MEI 2025.

LENSA MG | Mat Rempit ‘Menggila’ di Lebuhraya

Gejala mat rempit pada cuti hujung minggu memenuhi lebuhraya sekitar Lembah Klang ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di sekitar Tol Puchong Barat, Selangor. Foto MALAYSIAGAZETTE, 04 MEI 2025.

Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2025

Kakitangan kerajaan dan swasta yang hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2025.

Gaza Dalam ‘Kelaparan’

Rakyat Palestin berkumpul untuk menerima hidangan panas di pusat pengedaran makanan di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, Palestin. Foto AFP, 30 APRIL 2025.