Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.

KUALA LUMPUR – Dua pemandu masing-masing membabitkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Proton Saga sudah direman sehari bagi membantu siasatan kemalangan yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua pemandu dibuat hari ini dan mahkamah hanya membenarkan tempoh reman selama satu hari.

Menurutnya, perbincangan dengan pihak pendakwaan telah diadakan pada jam 2.45 petang tadi selepas kertas siasatan diteliti.

“Hasil penelitian terhadap kertas siasatan, pihak pendakwaan mencadangkan supaya kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara di Putrajaya bagi tujuan pertuduhan,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan berkenaan akan dibawa sendiri oleh Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) bersama pegawai penyiasat (IO) ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada jam 8 pagi esok untuk tindakan lanjut berkaitan sebarang pertuduhan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang berkaitan kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan secara melulu atau berbahaya. – MalaysiaGazette

3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here