Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – #Thaipusam 2019 di Batu Caves
Seorang penganut agama Hindu menyucikan diri semasa melakukan ritual keagamaan sebagai persiapan terakhir sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK 20 JANUARI 2019
TNB Beri Kelengkapan Persekolahan ‘Back To School’
Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie menyerahkan kelengkapan persekolahan kepada pelajar sekolah pada Majlis Penyerahan Pakaian Persekolahan Sesi 2019 di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 15 JANUARI 2019
Pemasyhuran Sultan Pahang ke 6 – Sultan Abdullah
Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi isterinya Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan untuk beredar selepas Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang. foto MALAYSIA GAZETTE, 15 JANUARI 2019
Daily Life – Rakam Gambar Kenangan di Bawah Pesawat
Gelagat seorang kanak-kanak semasa gambarnya dirakam oleh bapanya ketika melihat kapal terbang komersial mendarat secara dekat di tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 13 JANUARI 2019
Datuk Seri Najib Razak Sampaikan Sumbangan NGO Nadi Rakyat
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat kesakitan dikaki S. Sukumaran dan isterinya, M. Karnegi ketika hadir menyampaikan sumbangan pihak NGO Nadi Rakyat di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 JANUARI 2019
Dr. Maszlee Malik di Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 di Universiti Putra Malaysia Seri Kembangan, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 JANUARI 2018
Wan Azizah Hadir Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan #2019
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa mencuba sukan memanah pada Program Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 JANUARI 2019
Sesi Dialog Bersama Datuk Seri Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama penduduk selepas selesai menghadiri Sesi Dialog Bersama Datuk Seri Najib yang membincangkan isu PTPTN, B40 dan Isu-isu Semasa di Residensi Kerinci, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 JANUARI 2019
Bekas Pelatih Malaysia Gazette Pamer Karya di Pameran Fotografi Expose Pixel...
Pelajar tahun akhir, Nur Aqira Farahida Azemi bergambar bersama hasil karyanya pada Pameran Fotografi Expose Pixel UITM Puncak Alam di White Box, Publika, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 JANUARI 2019
Suasana Proses Penamaan Calon P.078 PRK Parlimen Cameron Highlands
Dari kiri Calon Bebas, Sallehudin Ab Talib, Calon Bebas, Wong Seng Yee, Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor dan Calon Pakatan Harapan, Manogaran Marimuthu bergambar dan menjulang tangan bersama pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 12 JANUARI 2019.

















