Tuesday, November 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1715 Artikel 0 Komen

Najib Hadir Mendengar Penetapan Tarikh di Mahkamah Tinggi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di mahkamah bagi mendengar penetapan tarikh perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan menerima wang hasil aktiviti haram serta pendengaran permohonan beliau untuk mendapatkan perintah larangan terhadap media daripada melaporkan perbincangan berkaitan merit kes dihadapinya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2018.

Pemenang Kuala Lumpur Amatur Open 2018

Pemenang kategori lelaki, Ervin Chang (kiri) dan pemenang kategori wanita, Lois Kaye Go bergambar kenangan pada Majlis Makan Tengah Hari dan Penyampaian Hadiah Kuala Lumpur Amatur Open 2018 di Kelab Gold Perkhidmatan Awam (KGPA Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OGOS 2018

Najib Senyum Tinggalkan Mahkamah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar meninggalkan kamar mahkamah selepas selesai dakwaan terhadap dirinya bagi tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 08 OGOS 2018.

SPR Umum Pegawai Pengurus PRK N.32 Seri Setia

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood (dua kanan) menyerahkan watikah perlantikan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain (dua kiri) yang dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya selepas sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK), DUN N.32 Seri Setia, di Putrajaya, Selangor. foto MIRZA HASIM, 8 OGOS 2018

17 Pengawal Keselamatan JPM di Tahan Reman – SPRM

Sebahagian 17 orang pengawal keselamatan JPM yang ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjumlah RM3.5 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 08 OGOS 2018

Najib Tiba di Mahkamah Jalan Duta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai polis tiba di mahkamah bagi sebutan kes melibatkan rasuah di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 OGOS 2018

Daily Life – Gaya Bebas

Bayang-bayang tubuh Don Irfan membuat gerakan gaya bebas semasa menghabiskan waktu lapangnya dengan bermain papan luncur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM, 7 OGOS 2018

Najib Beri Keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) ketika tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd di Akademi Pencegahan Rasuah (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OGOS 2018

Calon-calon Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2018

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (kanan) semasa menghantar borang penamaan calon mewakili Datuk Seri Azmin Ali bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR sambil diiringi ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakayat (PKR), Petaling Jaya. Selangor. foto AFFAN FAUZI, 05 OGOS 2018

Proses Penamaan Calon Pemilihan PKR 2018

Kerani urusetia membuat persiapan bagi proses penamaan calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018