Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – Merry Christmas 2018
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar di salah sebuah rumah yang dihiasi sempena Hari Natal semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir, Melaka. foto AFIQ RAZALI, 24 DISEMBER 2018.
Himpunan #JUSTICE4ADIB Solidariti Suara Ummah
Sebahagian peserta berarak ke Bangunan Perdana Putra ketika menyertai pada himpunan JUSTICE4ADIB Solidariti Suara Ummah di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 21 DISEMBER 2018
Perjalanan Terakhir Allahyarham #MuhammadAdib
Sebahagian pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkemaskan ikatan keranda jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter MI-17 ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor., Selangor. foto IQBAL BASRI 18 DISEMBER 2018.
Salahuddin Ayub Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-45
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub beramah-mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-45 di Hotel Everly, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 19 DISEMBER 2018
PRK Parlimen P.078 Cameron Highlands
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun (tengah) melihat peta sambil diiringi Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar (kanan) dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis (kiri) pada sidang media mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.078 Cameron Highlands di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 19 DISEMBER 2018
Suasana Pengebumian Jenazah Allahyarham #MuhammadAdib
Diantara ahli keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan apabila jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tiba untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As-Saadah, Kuala Kedah, Kedah. foto AFIQ RAZALI, 18 DISEMBER 2018.
Khalid Samad Lancar B10 BioDiesel
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyempurnakan gimik pelancaran sambil diiringi Menteri Industri Utama, Teresa Kok (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kiri) pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 DISEMBER 2018
Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah Sugul iringi #MuhammadAdib
Reaksi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan sebahagian pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter MI-17 ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor., Selangor. foto IQBAL BASRI 18 DISEMBER 2018.
Penghormatan Untuk Jenazah #MuhammadAdib di Pangkalan Udara JBPM
Sebahagian pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter MI-17 ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah bagi urusan pengebumian di Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor., Selangor. foto IQBAL BASRI 18 DISEMBER 2018.
Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Dibawa ke HKL
Van ambulans dipercayai membawa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya berjalan keluar meninggalkan Institut Jantung Negara (IJN) menuju ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2018.

















