Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – Persiapan Kembali ke Sekolah
Pelbagai tawaran istimewa yang ditawarkan bagi kelengkapan persekolahan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette mengenai persiapan awal menjelang sesi persekolahan 2019 di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 DISEMBER 2018
Daily Life – Kreativiti Hiasan Miniatur
Pengarah Eksekutif MinNature, Chan Chee Wing menyelenggara sebahagian bangunan dan hiasan miniatur yang dibuat khas beridentitikan budaya dan bangunan Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MinNature Summit USJ, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 DISEMBER 2018
Anthony Loke Lancar Program “Happy Guest, Caring Host”
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meluangkan masa melihat kemudahan kereta buggy yang disediakan pada Majlis Pelancaran Program "Happy Guest, Caring Host" Service Citizen dan Family Friendly" di KLIA2, Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 13 DISEMBER 2018
Gelagat Penyokong di Axiata Arena #finalAFFSuzukiCup2018
Reaksi para penyokong yang meraikan jaringan pasukan Malaysia semasa menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di skrin gergasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2018.
Skrin Gergasi di Kedai Mamak #finalAFFSuzukiCup2018
Penyokong Harimau Malaya bersorak ketika pasukan Malaysia menjaring gol ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 diantara Malaysia menentang Vietnam di Restoran Hakim, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 11 DISEMBER 2018.
Ekor #HarimauMalaya di Bukit Jalil #FinalAFFSuzukiCup2018
Seorang kanak-kanak yang penyokong Malaysia mewarnakan mukanya ketika hadir biarpun pada waktu hujan bagi memberi sokongan semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 DISEMBER 2018
Tun Dr. Mahathir Lancar Biodiesel B10
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Biodiesel B10 di Sektor Pengangkutan di Dataran Putra, Putrajaya. foto IQABL BASRI, 11 DISEMBER 2018
Tun M Rasmi Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyempurnakan gimik perasmian sambil diiringi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yb Zuraida Kamaruddin (tiga kanan) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (dua kanan) pada Majlis Perasmian Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 10 DISEMBER 2018
Suasana di Himpunan Bantah ICERD
Seorang peserta memakai mafla pada perhimpunan 'Kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018
Daily Life – Hari Natal
Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama dekorasi pokok krismas gergasi yang direka khas sempena sambutan Hari Natal yang bakal disambut pada 25 Disember ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Suria KLCC, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 DISEMBER 2018

















