Lensa MalaysiaGazette
Helikopter AW189 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yb Zuraida Kamaruddin meluangkan masa melihat aset terbaru Jabatan Bomba pada Majlis Perasmian Pengoperasian Helikopter AW189 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Agustawestland Malaysia Sdn Bhd Subang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 04 DISEMBER 2018
Unit Forensik PDRM di Lokasi Rusuhan dan Kuil Sri Mariamman
Kelihatan anggota Polis Unit Forensik menggunakan kamera pengimbas 3D bagi siasatan lanjut susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 NOVEMBER 2018.
Keadaan Tenang di Kuil Sri Mariamman dengan Kawalan Polis
Kelihatan situasi tenang di kuil ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 NOVEMBER 2018.
Suasana kuil Sri Maha Mariamman kembali tenang
Walaupun begitu masih ada sekumpulan pasukan polis dan FRU bertugas di luar kawasan kuil berkenaan.
Kereta di Bakar pada Insiden Rusuhan Kuil Sri Mariamman
Kenderaan yang dibakar orang ramai susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 27 NOVEMBER 2018.
Solidariti Gagasan Tiga (G3)
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) merangkap Penasihat Kehormat Gagasan Tiga Malaysia (G3), Datuk Azwanddin Hamzah berjalan masuk ke dalam balai polis berhubung pengumuman daripada Timbalan Ketua Polis Negara terhadap sembilan individu yang dikehendaki di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 NOVEMBER 2018
Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018
Model bersama replika kereta perlumbaan turut dipamerkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 NOVEMBER 2018
Daily Life – Proton SUV X70
Sebahagian pengunjung yang turut hadir bagi mendapatkan maklumat terkini penambah baik model-model kereta proton ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 NOVEMBER 2018
Gelagat Murid-murid pada Hari Terakhir Persekolahan sesi 2018
Murid-murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya menconteng baju rakannya meraikan tamat waktu persekolahan bagi sesi 2018 ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Bangsar, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 NOVEMBER 2018
PM Pakistan, Imran Khan Melawat SPRM Putrajaya
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menyambut ketibaan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pada lawatan kerja di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 21 NOVEMBER 2018.

















