Friday, August 21, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Tun Dr Mahathir Sambut Kunjungan Hormat Imran Khan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbincang sesuatu dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ketika memeriksa perbarisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu ATM pada Lawatan Rasmi Perdana Menteri Pakistan ke Malaysia di Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 21 NOVEMBER 2018.

Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 kepada, Datuk Paduka Nik Jaafar Nik Ismail (kanan) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2018, turut sama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kiri) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2018

Daily Life – Papan Tanda Dua Bahasa

Sebahagian papan tanda jalan yang mempunyai tulisan cina akan digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu atas titah D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pekan Subang, Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2018

Terima Kasih Kak Wan – Kongres Nasional PKR Ke-13

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) diiringi isterinya yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 17 NOVEMBER 2018.

Penyokong Datin Seri Rosmah Menangis Ketika Hadir Beri Sokongan

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) diberi kata-kata semangat oleh seorang penyokong selepas keluar dari mahkamah berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 15 NOVEMBER 2018

Rosmah Mansor, Tengku Adnan dan Rizal Mansor Tiba di Mahkamah

Isteri Bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi pengawai SPRM hadir berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2018

Menteri Pendidikan Saksi MoU Advance Pact Sdn Bhd

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz (kiri) bersama Pengarah Eksekutif Advance Pact Sdn Bhd, Mohd Hidzir Khamis (kanan) pada Majlis Perasmian Dialog Industri Kebangsaan 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 15 NOVEMBER 2018.

‘Mahasiswa Tuntut Janji Bayaran Balik PTPTN’

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Muhammad Faizzuddin Mohd Zai (tengah) bersama sebahagian aktivis mahasiswa berjalan kaki dari Universiti Malaya (UM) ke Parlimen sebagai tanda protes keatas dasar potongan gaji secara automatik buat pemimjam PTPTN yang bergaji RM1000 ke atas di Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 NOVEMBER 2018

Gelagat Calon SPM 2018 pada Hari Pertama

Antara gelagat calon ketika menjawab soalan kertas Bahasa Melayu Kertas 1 pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di SMK Saujana Impian, Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 NOVEMBER 2018.

‘Festival Urbanscape Jadi Tarikan Pengunjung’

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar pada Festival Urbanscapes Seni Kreatif Terkini Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Medan Pasar, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 NOVEMBER 2018