Tuesday, April 22, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1756 Artikel 0 Komen

Tun Mahathir Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan ketika hadir pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 07 JUN 2018.

Rosmah Senyum Selepas Beri Keterangan SPRM

Reaksi isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tersenyum selepas hadir bagi memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 JUN 2018

Rosmah Hadir Beri Keterangan di SPRM

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiring ketika hadir bagi memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 JUN 2018

Rais Yatim Terima Kad Keahlian PPBM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyerahkan kad keahlian PPBM kepada Tan Sri Rais Yatim pada Majlis Iftar PPBM di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 04 JUN 2018

Majlis Berbuka Puasa Bersama MT UMNO

Pemangku Tugas-Tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dan beramah mesra dengan sebahagian Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 03 JUN 2018

Hari Pertama Rakyat Malaysia Berbelanja 0% GST

Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Sadik Habib (dua kanan) beramah mesra dengan pelanggan selepas pada sidang media berkenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kesan terhadap industri barang kemas di Habib Jewels, Ampang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 01 JUN 2018

Ops Catut 4.0 – KPDNKK

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Roslan Mahayudin diiringi Pengarah Bahagian GST KASTAM, Datuk Ahmad Maher Abd Jalil (kanan) memeriksa tanda harga selepas pemansuhan cukai GST pada Ops Catut 4.0 di AEON Big Alamanda, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2018

Muhyiddin Sampaikan Sumbangan dan Buka Puasa

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyampaikan sumbangan kepada adik Mohammad Hakimi Ashraf Hasmizun (kiri) pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 31 MEI 2018

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad meluangkan masa melawat ruang pameran pada Program Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM Serdang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 31 MEI 2018

Daily Life – Buka Puasa Belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad

Sebahagian warga kota berbuka puasa berlatar-belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 MEI 2018