Friday, August 21, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Najib Tenang Ketika Hadir di Mahkamah KL

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 SEPTEMBER 2018

Najib Selesai Beri Keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Reaksi Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas memberi keterangan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 20 SEPTEMBER 2018.

Tun Mahathir Rasmi Premier Lecture Japan Day

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyaksikan Naib Canselor UTM, Datuk Wahid Omar bertukar cenderahati dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa pada Premier Lecture Japan Day and Official Launching of Residensi UTMKL di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 SEPTEMBER 2018

KL Daily Life 2018

Para pengunjung menggunakan payung ketika bersiar-siar di sekitar pusat bandar ekoran hujan yang tidak reda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2018

Himpunan Anti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Pertama Kompleks

Antara peserta memegang plakad ketika Himpunan Anti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di hadapan Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 SEPTEMBER 2018

Dr. Wan Azizah Gembira Lihat Kemudahan ‘Baby Hatch’

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa melihat kemudahan 'Baby Hatch' pada Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Orphancare Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 13 SEPTEMBER 2018

Saifuddin Nasution pada Majlis Anugerah Intelek Negara 2018

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa melawat tapak pameran selepas merasmikan Majlis Anugerah Intelek Negara 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 SEPTEMBER 2018

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018

Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018 kepada Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Datuk Dr. Siddiq Fadzil sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 10 SEPTEMBER 2018.

Halimey Menang Bertanding Kerusi N.32 DUN Seri Setia

Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar diraikan oleh penyokongnya selepas diumum sebagai pemenang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Dun Seri Setia di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia, Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 09 SEPTEMBER 2018.

Wong Siew Ki Menang Bertanding Kerusi DUN Balakong

Gelagat calon Pakatan Harapan N.27 Balakong, Wong Siew Ki mengangkat tangan selepas beliau diumum menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Balakong di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Balakong, Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 08 SEPTEMBER 2018.