Tuesday, April 22, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1756 Artikel 0 Komen

Kotak Undi Makin Banyak Sampai #PRU14

Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi awal saluran 1 P.100 Pandan dari Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Perbandaran MPAJ, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MEI 2018

Rakyat Malaysia Keluar Memilih dan Mengundi #PRU14

Sebahagian pengundi warga emas menunggu bagi membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2018

Jari-jari Celup Dakwat SPR #PRU14

Pengundi Parlimen P.119 Titiwangsa, Intan Liana Azmi, 35 menunjukkan jari yang telah dicelup dengan dakwat kekal sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 09 MEI 2018.

Calon-Calon Mengundi Bersama Pengundi #PRU14

Calon Barisan Nasional P.146 Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (tengah) membantu salah seorang pengundi yang merupakan warga emas pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 09 MEI 2018.

Peti Undi SPR Dibawa Keluar Seawal Pagi #PRU14

Beberapa kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membawa keluar peti undi untuk disalurkan ke tempat-tempat yang terlibat pengundian sempena Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, Bagan Datuk, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 09 MEI 2018

Lebuhraya Utara dan Pantai Timur Sesak #PRU14

Aliran trafik di lebuhraya Karak mula bergerak perlahan dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Pantai Timur berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Umum ke-14 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2018

Proses Persiapan Terakhir Kotak-kotak Undi SPR #PRU14

Sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun kelengkapan persiapan mengundi sebagai persiapan terakhir sempena Pilihan Raya Umum ke-14 di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2018

KL Sentral Sesak Orang Ramai Pulang Mengundi #PRU14

Warga kota mula pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 MEI 2018

Calon Diva AA Azwan Ali Kempen Bihun Goreng #PRU14

Calon Parti Bebas N.19 Bukit Antarabangsa, Azwan Ali beramah mesra bersama penduduk tempatan pada program Kempen Bersama Artis dan Pengagihan Bihun sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Taman Kelab Ukay Ampang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 06 MEI 2018

PM Bersama Jentera dan Penyokong Tasek Gelugor #PRU14

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kebolehan bermain karom pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 05 MEI 2018