Lensa MalaysiaGazette
Pengundian Awal PRK DUN Balakong
Kelihatan seoran Anggota Polis mencelup jari pada dakwat kekal sebelum membuang undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 DUN Balakong di Balai Polis Seri Kembangan, Selangor. foto IQBAL BASRI, 04 SEPTEMBER 2018
Wan Azizah Lancar Pelan Transformasi Qaryah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendengar penerangan dari Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Qaryah di Hotel Geno Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 SEPTEMBER 2018
Daily Life – Hari Pertama Bermula Cukai SST
Tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan cukai SST pusat membeli-belah di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 01 SEPTEMBER 2018.
Fesyen – Baju Guna Jalur Gemilang
Seorang kanak-kanak kelihatan segak dengan mengenakan pakaian Jalur Gemilang ketika menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2018.
Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 ke 61 #SayangiMalaysiaku
Seorang kanak-kanak, Mohammad Fakrul Ali mengibarkan Jalur Gemilang berlatar belakangkan Istana Kehakiman katika menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2018.
Yang di-Pertuan Agong di Sambutan Hari Kebangsaan 2018
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V memeriksa kawalan kehormat utama semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan "Sayangi Malaysiaku" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 31 OGOS 2018.
Daily Life – Persiapan Peserta Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018
Sebahagian anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat persiapan awal pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAKm 31 OGOS 2018.
Wang Serta Barangan Rampasan oleh SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menunjukkan wang kertas yang dirampas pada sidang media khas mengenai siasatan penyelewengan dana kerajaan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 OGOS 2018
Tun M Lancar Institut Da’wah Antarabangsa PERKIM
Perdana Menteri merangkap Presiden PERKIM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menandatangani plak pada Pelancaran Institut Da'wah Antarabangsa PERKIM di Pejabat Institut Da'wah Antarabangsa PERKIM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 OGOS 2018

















