Amma… MERDEKA!

Video ini berkenaan kisah seorang lelaki tua yang teringat akan pengertian merdeka sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi.

Uncle Vijekumar merupakan seorang kakitangan kerani am di Sekolah Rendah Kebangsaan Perdana Jaya, Subang Jaya.

Beliau mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi dan sentiasa menanti ketibaan 31 Ogos pada setiap tahun.

Semangat patriotik wujud dalam diri Uncle Kumar sejak beliau kecil setelah ibunya menjahit pakaian Jalur Gemilang pertama untuk dipakai ketika sambutan hari kemerdekaan.

Kini Uncle Kumar yang berusia 58 tahun menyemai pula semangat kemerdekaan dalam diri kanak kanak di sekolah tempat beliau bekerja agar murid-murid sekolah itu dapat memahami nilai sebuah kemerdekaan dan menghargai Jalur Gemilang.