Lensa MalaysiaGazette
Penerbangan Kumpulan Pertama 479 Jemaah Haji Tiba di KLIA
Reaksi gembira dan syukur Aziz Ibrahim (tengah) ketika disambut ahli keluarganya selepas selamat tiba menerusi penerbangan jemaah kumpulan pertama dari tanah suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 29 OGOS 2018
Sesi Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2018
Perarakan perbarisan anggota tentera pada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 29 OGOS 2018.
Daily Life – Jalur Gemilang
Seorang pekerja binaan membaiki bumbung Bangunan Sultan Abdul Samad sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang bakal disambut pada 31 Ogos 2018 di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 28 OGOS 2018.
Nenek Jahitkan Baju Kurung Moden Untuk Cucu
Nor Aziah Abdul Manan (tengah) menjahit baju yang diperbuat dari bendera Jalur Gemilang khas buat cucunya, Nur Maisara Azliza (kanan) dan adiknya, Nur Iman Qalesya Azliza (kiri) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Kebangsaan di Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 28 OGOS 2018
Daily Life – Raptai Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018
Seorang anggota ATM mengawal pergerakan perbarisan para peserta pada sesi raptai sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 28 OGOS 2018.
Tahanan Reman Tujuh Orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik – SPRM
Tujuh orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik termasuk salah seorang bergelar Datuk yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dibawa SPRM bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung penyelewengan dana PRU14 di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 28 OGOS 2018
Kempen Calon PH dan MCA di PRK Balakong
Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong menunjukkan pada media kain rentang dan poster calon MCA yang dirosakkan selepas sidang media di Taman Berjaya, Kajang, Selangor. foto MIRZA HASIM, 25 OGOS 2018
Kempen dan Ceramah War Truck MCA – Tan Chee Teong
Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong (dua kiri) bersalaman dan beramah mesra bersama sebahagian penduduk setempat yang hadir pada sesi Ceramah War Truck MCA sempena kempen Pilihan Raya Kecil N. 47 Balakong di Pasar Malam Batu 11, Cheras, Selangor. foto MIRZA HASIM, 24 OGOS 2018
Walkabout Calon Pakatan Harapan – PRK Balakong
Calon Pakatan Harapan N.27 Balakong, Wong Siew Ki (kanan) melihat lakaran pelan projek menaik taraf off Jalan Balakong di Pekan Batu 11, Cheras, Selangor. foto MIRZA HASIM, 24 OGOS 2018
Calon PH dan Calon MCA Kempen Bersama di PRK Balakong
Antara penyokong calon Pakatan Harapan N.27 Balakong, Wong Siew Ki (tiga kiri) dan Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong (empat kanan) beramah mesra ketika sesi "walkabout" sempena Pilihan Raya Kecil N. 47 Balakong di Pasar Malam Taman Megah, Cheras, Selangor. foto MIRZA HASIM, 23 OGOS 2018

















