Lensa MalaysiaGazette
Ulangtahun Kolej Univerisit Tunku Abdul Rahman
Pengerusi Lembaga Amanah Kolej Unversiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), Datuk Seri Liow Tiong Lai hadir pada Majlis Ulangtahun TAR UC Going 50 People Behind The TARC History di Kolej Univerisit Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 FEBRUARI 201813 FEBRUARI 2018
Tarian Singa Putih Curi Tumpuan Kanak-kanak
Reaksi teruja kanak-kanak dengan kehadiran tarian singa sempena Perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mytown Shopping Centre, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 10 FEBRUARI 2018
Kempen Keselamatan dan Ops Bersepadu Tahun Baru Cina
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melepaskan pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 10 FEBRUARI 2018
KJ Bersama Ahli-Ahli Parlimen Belia Malaysia 2018
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bergambar kenangan bersama Ahli-ahli Parlimen Belia selepas selesai Sesi Penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia Sidang 1 Tahun 2018 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 FEBRUARI 2018
Perasmian Fasa 2 Mitsui Outlet
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai diiringi Pegawai Eksekutif Pengurusan Mitsui Fudosan, Akihiko Funaoka (empat kiri), Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (tiga kanan) dan Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa (tiga kiri) memotong riben sebagai gimik perasmian pada Majlis Perasmian Fasa 2 Mitsui Outlet di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 08 FEBRUARI 2018
Peneroka Berkumpul sempena Pelancaran Felda 2.0
Sebahagian peneroka Felda dari pelbagai generasi yang hadir pada Majlis Pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut, Pahang. foto IQBAL BASRI, 04 FEBRUARI 2018
Perasmian FRIM Inc
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua kanan) meluangkan masa melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Frim Inc di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 FEBRUARI 2018
Sekitar Mesyuarat MT UMNO
BORAK. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berbincang sesuatu dengan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sambil diperhatikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 30 JANUARI 2018.
Shabery Cheek Rasmi Pertanian dan Keselamatan Makanan 2050
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Pertanian dan Keselamatan Makanan 2050 di Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 JANUARI 2018