Lensa MalaysiaGazette
Timbalan Pengerusi SPR Tinjau Persiapan Peti Undi SPR
Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood (dua kiri) beramah mesra bersama petugas SPR ketika meninjau Proses Semakan dan Penyerahan Peti Undi di Dewan Besar Tanjung MBSA Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 OGOS 2018
Anuar Ibrahim dan Mat Sabu Kempen Calon PRK Sungai Kandis
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anuar Ibrahim beramah mesra bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu (dua kanan) dan Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kanan) pada Ceramah Khas Bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anuar Ibrahim sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Bandar Puteri, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 OGOS 2018
Lim Kit Siang Berkempen di PRK Sungai Kandis
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap sambil diiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika sesi 'walkabout' sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Restoran Ruby Bukit Kemuning, Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 OGOS 2018
Daily Life – Kempen PRK N.49 Sungai Kandis
Kelihatan seorang pelajar sekolah melintasi deretan bendera dan poster sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Kampung Bukit Badak, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 OGOS 2018
Zawawi Ahmad Tunjuk Kebolehan Memasak Sambal Goreng Jawa
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menujukkan kebolehan memasak sambal goreng jawa ketika sesi 'walkabout' sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 02 OGOS 2018
Menteri Kerja Raya bersama Calon PKR di Sungai Kandis
Menteri Kerja Raya, Baru Bian (dua kiri) diiringi Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) dan Timbalan Menteri Jabatan Kerja Raya, Anuar Tahir (kiri) mendengar penerangan dari Ketua Pegawai Operasi Roadcare, Datuk Wan Imran Wan Omar (dua kanan) mengenai projek menaik taraf jalan raya pada Lawatan Kerja Menteri Kerja Raya sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Jalan Bukit Kemuning, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 OGOS 2018
Calon PKR Tinjau Masalah Pengaliran Air di N.49 Sungai Kandis
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni membuat tinjauan mengenai masalah pengaliran air sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pusat Perindustrian AMJ, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 OGOS 2018
Daily Life – Walkabout Calon PKR N.49 Sungai Kandis
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni beramah mesra bersama penduduk tempatan dikedai kopi ketika sesi 'walkabout' sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Chong Kok Kopitiam, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 OGOS 2018
Wan Azizah Hadir Sidang Dewan Rakyat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 JULAI 2018
Pertemuan Enam Mata – Dr. P. Ramasamy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof (tengah) hadir bersama Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr. P. Ramasamy (kanan) pada pertemuan enam mata di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 JULAI 2018

















