Lensa MalaysiaGazette
18 Ogos 2018 Penamaan Calon PRK N.27 Balakong
Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood menyerahkan watikah pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN N.27 Balakong kepada Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Rosli Othman (kiri) pada sidang media mengenai Urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Balakong, Selangor di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 JULAI 2018
Kulasegaran di Konvokesyen ILJTM Kali ke-23
Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran menyampaikan sijil diploma kepada graduan Orang Kelainan Upaya (OKU), Nur Fatwa Mohd Idris pada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali ke-23 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 JULAI 2018
Zahid Hamidi Pengerusikan Mesyuarat MT UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berbual sesuatu dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO turut sama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (kanan) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 JULAI 2018
Dialog Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd Hatta Md Ramli meluangkan masa melawat tapak pameran selepas selesai majlis dialog bersama Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 27 JULAI 2018
Penyampaian Hadiah Pertandingan Sahibba dan Deklamasi Puisi Kebangsaan
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (dua kiri) menyampaikan piala kepada pemenang tempat pertama bagi kategori Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dengan wang sejumlah RM 600 dari SMK Zon R1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM, 26 JULAI 2018
Daily Life – Jentera PKR Gantung Poster dan Bendera
Petugas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Muhidin Dasuki (kanan) bersama rakannya, Ujang Johari memasang poster Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Zawawi Ahmad Mughni sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Kampung Batu 7, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 25 JULAI 2018.
Najib Turun Padang Bantu Calon BN Berkempen – PRK N.49
Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kanan) bersama Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam (kanan) beramah mesra bersama Norazimah Jalmo (dua kiri) semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 25 JULAI 2018.
Kompleks Sukan Wanita Bandar Bukit Puchong
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengadakan lawatan ke tapak cadangan Kompleks Sukan Wanita di Bandar Bukit Puchong, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 JULAI 2018
Walkabout Calon BN dan PKR Tenang
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memeluk Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lukman Noor Adam ketika sesi 'walkabout' sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pasar Malam, Taman Seri Andalas, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2018
Penamaan Calon PRK N.49 Sungai Kandis
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bergambar bersama Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam (kanan) dan Calon Bebas N.49 Sungai Kandis, Murthy (tengah) selepas diumumkan sebagai calon pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 21 JULAI 2018

















