Friday, August 21, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Set Poskad dan Setem Muzium Bersejarah Negara

Antara set poskad dan Setem Muzium bersejarah Negara yang diperkanalkan oleh Pos Malaysia di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM, 20 JULAI 2018

PLUS Serah Kunci EMPV kepada PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun diiringi Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencuba kenderaan EMPV pada Majlis Penyerahan Kenderaan EMPV dari PLUS Malaysia Berhad kepada Polis Diraja Malaysia di Persada PLUS Subang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 JULAI 2018

Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen ke 14

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menuju ke Dewan Rakyat pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2018 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 17 JULAI 2018

Pelancaran Anita Borneo Ride

Ahli Dewan Negeri N21 Pandan Indah, Izham Hashim bergambar kenangan bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi pada Majlis Makan Malam Bersama Media dan Pelancaran Anita Borneo Ride Siri Kedua Kembara Kemanusian di Pandan Indah Ampang, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 JULAI 2018

Anggota PDRM Derma Darah Sempena Hari Polis ke-211

Seorang pegawai perubatan memeriksa kuantiti darah pada Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 JULAI 2018

Tun M Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 06 JULAI 2018.

Jamal Md Yunos di Mahkamah Ampang

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) diiringi beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Siasatan Jenayah tiba untuk direman di Mahkamah Majistret Ampang, Pandan Indah. foto FAREEZ FADZIL, 05 JULAI 2018

Sehari Bersama Najib di Mahkamah Tinggi Jenayah KL

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya yang hadir selepas diikat jamin atas pertuduhan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 JULAI 2018

Najib Diiring SPRM dan Polis Hadir di Mahkamah Kuala Lumpur

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diiringi pegawai SPRM dan anggota polis ketika hadir untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2018

Hampir 9 Jam Beri Keterangan di SPRM – Riza Aziz

Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan dipercayai berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 03 JULAI 2018.