Lensa MalaysiaGazette
17 Pengawal Keselamatan JPM di Tahan Reman – SPRM
Sebahagian 17 orang pengawal keselamatan JPM yang ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjumlah RM3.5 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 08 OGOS 2018
Najib Tiba di Mahkamah Jalan Duta
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai polis tiba di mahkamah bagi sebutan kes melibatkan rasuah di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 OGOS 2018
Daily Life – Gaya Bebas
Bayang-bayang tubuh Don Irfan membuat gerakan gaya bebas semasa menghabiskan waktu lapangnya dengan bermain papan luncur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM, 7 OGOS 2018
Najib Beri Keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) ketika tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd di Akademi Pencegahan Rasuah (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OGOS 2018
Calon-calon Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2018
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (kanan) semasa menghantar borang penamaan calon mewakili Datuk Seri Azmin Ali bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR sambil diiringi ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakayat (PKR), Petaling Jaya. Selangor. foto AFFAN FAUZI, 05 OGOS 2018
Proses Penamaan Calon Pemilihan PKR 2018
Kerani urusetia membuat persiapan bagi proses penamaan calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018
Zawawi Mughni Menang Kerusi N.49 DUN Sungai Kandis
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni meraikan kemenangannya bersama penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas beliau diumum menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis, Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 04 OGOS 2018.
Zawawi Mughni dan Isteri di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi
Calon PKR N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) bersama isteri, Hazlina Abd Razak (kanan) melambaikan tangan kepada para media semasa hadir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis, Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 04 OGOS 2018
Anggota Polis Iring Kotak Undi PRK Sungai Kandis
Ketua Tempat Mengundi (KTM) Pusat Mengundi Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua, Klang membawa kotak undi pertama yang tiba sekitar jam 6.45 petang di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis, Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 04 OGOS 2018.
Persiapan Proses Semakan dan Penyerahan Peti Undi – PRK Sungai Kandis
Sebahagian petugas SPR membuat pemeriksaan senarai barangan pada Proses Semakan dan Penyerahan Peti Undi di Dewan Besar Tanjung MBSA Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 OGOS 2018

















