Friday, February 21, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1738 Artikel 0 Komen

Persiapan Terakhir Menjelang Perayaan Deepavali

Seorang peniaga tekun menyusun baju digerainya sempena sambutan perayaan Deepavali ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Brickfields, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 OKTOBER 2017

Serah Terima Tugas Pengarah PDRM

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun beramah mesra bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh Ishar Singh pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi PERKEP, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 OKTOBER 2017

Zahid Rasmi Ekspo Kreatif dan Inovatif Ekonomi Kebangsaan 2017

Reaksi ceria Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mencuba permainan simulasi kereta semasa melawat tapak pameran sambil diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (kanan) pada Majlis Perasmian Ekspo Kreatif dan Inovatif Ekonomi Kebangsaan 2017 (NICE 17) di Taman Teknologi, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 OKTOBER 2017

Azmin Ali Pecah Tanah Bangunan Akademik UIAS

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan gimik perasmian sambil diiringi Rektor KUIS, Datuk Ab Halim Tamuri (kiri) pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Selangor di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Kajang , Selangor. foto IQBAL BASRI, 09 OKTOBER 2017

Banjir di Tanah Merah, Kedah

Mangsa, Muhamad Satar Shaari, 66, meredah banjir sambil membawa keluar barang-barang berharga dari rumahnya yang dinaiki air ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette mengenai banjir di Tanah Merah, Kedah. foto IQBAL BASRI, 27 SEPTEMBER 2017

Suasana Air Surut – Perlis Banjir

Mangsa banjir, Jahara Sat, 68, memeriksa barangan dan surat khabar lama yang masih boleh digunakan selepas air mulai surut ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette mengenai banjir di Kampung Tebing Tinggi, Kedah. foto IQBAL BASRI, 26 SEPTEMBER 2017

Si Kecil Gembira Bila Musim Banjir

Reaksi tiga orang kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bermain diwaktu banjir ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Wang Besar, Perlis. foto IQBAL BASRI, 25 SEPTEMBER 2017

Banjir di Sekitar SK Seri Banai

Kelihatan beberapa orang penduduk kampung tidak dapat menggunakan jalan kerana air naik ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette mengenai banjir di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Banai Jitra, Kedah. foto IQBAL BASRI, 25 SEPTEMBER 2017

Makan Buah Mangga Sambil Tunggu Paras Air Turun

Ahli keluarga kepada pemilik gerai yang bergilir-gilir memantau paras air pada waktu malam sambil memakan buah-buahan di Gerai Kak Mah Nasi Lemak Kukus ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Bandar Alor Setar, Kedah. foto IQBAL BASRI, 24 SEPTEMBER 2017

Red Karpet dan Anugerah FFM ke-29

Pelakon, Tania Hudson bergambar di karpet merah sebelum bermulanya Festival Filem Malaysia ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI. 23 SEPTEMBER 2017