Lensa MalaysiaGazette
Zahid Terima Kunjungan Hormat Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenangan ketika menerima Kunjungan Hormat Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia yang baharu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 28 OGOS 2017
OPS Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
Anggota polis trafik membuat pemeriksaan pada OPS Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 OGOS 2017
Fit Malaysia KL Sempena Larian Obor Sukan SEA KL 2017
Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar menyerahkan obor kepada Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaluddin pada Program Fit Malaysia Kuala Lumpur bersempena larian obor Sukan SEA Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 OGOS 2017
Pakatan Harapan Serah Memorandum Kepada Gabenor Bank Negara
Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berjalan keluar bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Pemimpin Pakatan Harapan selepas menyerahkan memorandum berkenaan isu 1MDB di Bank Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 03 OGOS 2017
Penyerahan Bendera Sempena World Police And Fire Games 2017
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bergambar kenangan bersama kontijen sambil diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,Mohamad Salleh (duduk dua kiri) dan Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab (duduk tiga kanan) pada Majlis Pelancaran Lagu PDRM Cemerlang dan Penyerahan Bendera Majlis Sukan Sempena World Police And Fire Games 2017 di Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 JULAI 2017
Zahid Rasmi dan Penutupan Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa berswafoto bersama para perwakilan selepas Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya di Dewan Budiman Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 30 JULAI 2017
Zahid Hadir Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Malabari Malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalaman pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Malabari Malaysia 2017 di Kompleks Surau Malabar Hidayatul Islam Selayang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 29 JULAI 2017
Perasmian Program “MyMerdeka”
Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Mohid Mohamed (empat kanan) diiringi Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Perasmian Program "MyMerdeka" bersempena bulan kebangsaan di Mydin USJ Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 29 JULAI 2017
OKU Nak Naik MRT
Orang Kelainan Upaya (OKU) turut tidak melepaskan peluang merasai pengalaman baharu menaiki Tren MRT ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Stesen MRT Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 26 JULAI 2017
Shabery Cheek Lawat NAFAS Feedmills Sdn Bhd
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendengar penerangan dari Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS, Othman Md Yassin (kiri) sambil diiringi Pengerusi NAFAS, Datuk Seri Saipol Bahari Suib (tiga kiri) dan pada Program Lawatan Kerja Menteri Pertanian Dan Asas Tani ke NAFAS Feedmills Sdn Bhd di Muar, Johor. foto IQBAL BASRI, 21 JULAI 2017