Saturday, February 22, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1738 Artikel 0 Komen

Ds Najib Bersama Keluarga NGO-NGO India Muslim Semalaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hadir pada Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga NGO-NGO India Muslim Semalaysia di Maeps, Serdang. foto IQBAL BASRI, 18 JULAI 2017

Majlis Mesra Aidilfitri 2017 Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak diiringi Ketua Pengarah Jabatan Hak Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi bergambar kenangan bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nur Syahirah Cheras pada Majlis Mesra Aidilfitri 2017 Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 JULAI 2017

Pelepasan Petugas Haji Musim 1438H/2017M ke Tanah Suci

Salah seorang petugas kelihatan sebak untuk berjauhan dengan ahli keluarga pada Majlis Pelepasan Petugas Haji Musim 1438H/2017M ke Tanah Suci di Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 JULAI 2017

KJ Lancar Penjualan Tiket Sukan SEA KL 2017

Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaludddin sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia 2017, Datuk Seri Zolkples Embong (kanan) dan Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo (kiri) menunjukkan replika tiket pada Majlis Pelancaran Penjualan Tiket Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Gymnasium 3 Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 JULAI 2017

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 01 JULAI 2017

Imigresen Turun Padang Operasi Tahan PATI

Sebahagian pekerja asing yang ditahan ketika operasi pertama Imigresen menahan pekerja asing yang gagal mendaftar kad sementara E-Kad di Kapar Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 30 JUN 2017.

Awang Import Pasukan Bola Sepak MIFA Yang Baru

Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam menyerahkan jersi kepada pemain import baharu Luiz Eduardo Purcino (kanan) yang berasal dari Brazil sambil diiringi Presiden MIFA, Datuk T.Mohan (kiri) pada Majlis Pengenalan Pemain Baharu Pasukan Bola Sepak MIFA di SkyPark One City, Selangor. foto IQBAL BASRI, 29 JUN 2017

Lebuhraya Nilai Arah Utara Lancar

Keadaan lalu lintas masih lancar berikutan warga kota pulang ke Kuala Lumpur secara beransur-ansur di kilometer 282.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette, Nilai. foto IQBAL BASRI, 28 JUN 2017

Zoo Negara Menjadi Tumpuan Keluarga Setiap Kali Cuti Umum

Seorang pengunjung mengambil gambar anaknya yang duduk diatas replika seekor gajah ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 JUN 2017

Tinjauan Plaza Tol Gombak Masih Lancar

Keadaan lalu lintas di Plaza Tol Gombak menghala pantai timur kelihatan lancar biarpun segelintir warga kota sudah mula pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Gombak, Selangor. foto IQBAL BASRI, 22 JUN 2017.