Tuesday, November 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1715 Artikel 0 Komen

Calon-Calon BN Buat Pecutan Hari Terakhir Berkempen #PRNMelaka

Calon Barisan Nasional N.23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (kiri) mengaminkan doa bersama seorang penduduk setempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sekitar Kampung Padang Temu, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2021.

Suasana dan Gelagat ATM, PDRM Hari Pengundian Awal #PRNMelaka

Anggota tentera, Shahrin Hasni menunjukkan jari yang berdakwat kekal selepas selesai membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2021.

Perdana Menteri Iring Calon BN, Dira Minum Petang Bersama Penduduk #PRNMelaka

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi calon Barisan Nasional N.25 Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar (tengah) beramah mesra bersama penduduk setempat semasa hadir makan petang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kafe Markisa, Jasin, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 NOVEMBER 2021.

Perdana Menteri Bersarapan Bersama Penduduk Kampung #PRNMelaka

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penduduk setempat semasa hadir sarapan pagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Coconut Shake Alai, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 NOVEMBER 2021.

Bendera PN dan PH Berkibar #PRNMelaka

Bendera parti Perikatan Nasional telah mula dipasang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Baru Tengah, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2021.

Jentera Pasang Bendera Barisan Nasional #PRNMelaka

Seorang jentera, Liuo Chen Huat, 50, melakukan kerja-kerja untuk pemasangan bendera parti Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bilik Gerakan Barisan Nasional Pulau Gadong, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

Suasana dan Gelagat Calon di Pusat-Pusat Penamaan Calon #PRNMelaka

Calon Bebas, Datuk Norhizam Hassan Baktee (tengah) beramah mesra bersama calon Barisan Nasional, Kalsom Nordin (kiri), calon Pakatan Harapan, Muhammad Danish (dua kiri), calon Perikatan Nasional, Azrudin Idris (dua kanan) dan calon Parti PUTRA, Mohd Aluwi Sari (kanan) selepas menghantar borang pencalonan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Pengkalan Batu N.15 di Dewan Mini Stadium Bistari, Melaka. foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

SPR, PDRM Siap Sedia di Pusat-Pusat Penamaan Calon #PRNMelaka

Anggota polis yang mengawal di sekitar laluan masuk ke pusat penamaan calon pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka DUN Pengkalan Batu N.15 di Dewan Mini Stadium Bistari, Melaka. foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

Perang Bendera BN dan PN Bermula #PRNMelaka

Penduduk, Farid Syed, 36 membuat persediaan memasang bendera Barisan Nasional (BN) di sekitar perumahannya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Pangkalan Batu, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2021.

Najib Razak Turun Padang Ramah Mesra Dengan Penduduk Melaka

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama penduduk kampung semasa hadir untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak ketika di Masjid Kampung Ayer Barok, Jasin, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2021.