Lensa MalaysiaGazette
Proses Pengundian Awal #PRU15
Anggota tentera mendukung anaknya semasa membuang undi pada proses hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur Foto MUHD NA’IM, 15 NOVEMBER 2022.
LRT Laluan Kelana Jaya Beroperasi Semula
Suasana orang ramai menggunakan pengangkutan awam selepas perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 NOVEMBER 2022.
Persiapan Terakhir Kotak Pengundian Awal SPR #PRU15
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kotak undi dan melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang hari pengundian awal pada esok sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Markas Batalion ke-6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 14 NOVEMBER 2022.
BANJIR! Rakyat Selangor Merana Setiap Kali Hujan
Kelihatan penduduk kampung sedih mengenang nasib setelah rumah yang didiami bersama keluarga dinaiki air akibat hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Hamzah Alang Meru Klang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 12 NOVEMBER 2022.
Jemaah ‘Restu’ Calon-Calon BN #PRU15
Calon Barisan Nasional P.151 Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad beramah mesra dengan penduduk setempat selepas menunaikan solat jumaat sebelum menyambung aktiviti kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Surau Al Firdaus, Taman Harmoni Simpang Renggam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 11 NOVEMBER 2022.
Papan Iklan, Bendera, Poster Bahan Kempen #PRU15
Kontraktor melakukan kerja-kerja memasang papan iklan calon Pakatan Harapan P.098 Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekitar Gombak, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 10 NOVEMBER 2022.
KJ Tinjau Mangsa Banjir di Sungai Buloh #PRU15
Calon Barisan Nasional P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin sempat melawat mangsa banjir akibat hujan lebat ketika berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Taman Setia Warisan Sungai Buloh, Selangor. Foto MALAYSIA GAZETTE, 10 NOVEMBER 2022.
Calon-Calon BN Manfaat Kempen Hingga Malam #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P.146 Muar, Mohd Helmy Abd Latif beramah mesra dengan penduduk pada Program Sembang Santai sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Restoran Al-Haddad, Muar, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2022.
Perang Bendera BN-PN-PH #PRU15
Perang bendera antara parti yang bertanding kian hangat apabila kibarannya mula menghiasi di sekitar jalan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Gugusan Manjoi, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2022.
Bendera Barisan Nasional PRU15 #DailyLife
Jentera giat melakukan kerja-kerja memasang bendera Barisan Nasional hingga lewat malam sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maran, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

















