Lensa MalaysiaGazette
PM Pengerusi Mesyuarat Jemaah Menteri Selepas Rombakan Kabinet
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersalaman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua kanan) dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika hadir pada Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Foto AFIQ HAMBALI/PEJABAT PERDANA MENTERI, 13 DISEMBER 2023.
Mercu Tanda Kuala Lumpur ‘TRX Exchange’
Orang ramai meluangkan masa selepas pembukaan Tun Razak Exchange (TRX) pada 29 November yang lalu dan bakal menjadi destinasi tumpuan bagi aktiviti membeli-belah serta beriadah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 DISEMBER 2023.
Saarani Mohamad Selesai Bentang Belanjawan Perak 2024
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menunjukkan dokumen Belanjawan Perak 2024 semasa sesi pembentangan pada Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 DISEMBER 2023.
Suasana Karnival Usahawan Desa @ Putrajaya
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) antara agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang mengambil bahagian dalam Karnival Usahawan Desa di Putrajaya sehingga 26 November ini.. Foto MALAYSIA GAZETTE, 22 NOVEMBER 2023.
Aksi Perlawanan Malaysia Bangkit Tewaskan Kyrgyzstan 4 – 3 #PialaDunia2026 #PialaAsia2027
Pemain Malaysia, Dion Cools meraikan jaringan dengan rakan sepasukan pada perlawanan antara Malaysia menentang Kyrgyzstan sempena Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di Stadiuam Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 16 NOVEMBER 2023.
Berpakaian Hijau Solidariti Untuk Palestin
Orang ramai berpakaian warna hijau sempena kempen ‘Wear Green For Palestine’ sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin di Gaza ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2023.
Air Mata Syukur Nurul Ain Haron di KLIA
Warganegara Malaysia, Nurul Ain Haron, 37 tidak dapat menahan sebak tanda kesyukuran sebaik tiba dari Gaza yang bergolak akibat konflik Palestin dan Israel di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1). Foto WAN NABIL NASIR, 14 NOVEMBER 2023.
Program PLATFORM MG Suara Malaysia Untuk Palestin
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Ketua Pegawai Eksekutif Datum Corp International, Tengku Khairil Azwan bergambar kenangan dengan tetamu jemputan selepas penyerahan mock check sumbangan pada Program PLATFROM MG Edisi 2 Suara Malaysia Untuk Palestin di Pusat beli belah Datum Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2023.
Hujan Lebat Landa KL dan Selangor
Keadaan jalan raya yang bertakung akibat hujan lebat ketika tinjauaan lensa Malaysia Gazette di jalan Batu Cave, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 06 NOVEMBER 2023.
Hari Pertama Pelaksanaan Pengapungan Harga Ayam di Pasar Pagi
Pekerja gerai ayam segar membuat persiapan seawal pagi dengan memasang tanda harga terkini iaitu RM9.00 bagi sekilogram ayam termasuk caj pemotongan berikutan Kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 01 NOVEMBER 2023.