Lensa MalaysiaGazette
Perwakilan PAU79
Perwakilan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ke-79 (PAU79) tahun 2025 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 14 JANUARI 2026.
I LITE U Warnai Kuala Lumpur
Antara persembahan perarakan pakaian seragam, kebudayaan serta perarakan 16 kontinjen Kuala Lumpur bercahaya membabitkan pelbagai jabatan, agensi, dan pelajar sekolah sepanjang laluan pada Majlis Peluncaran Projek Inovasi Pencahayaan ke Arah Kelestarian Bandar ‘I Lite U’ di Pavilion Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 JANUARI 2026.
Selamat Tahun Baharu 2026 #Fireworks #NewYear
Percikan bunga api menghiasi langit berlatar belakangkan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena sambutan tahun baharu 2026 di sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 01 JANUARI 2026.
Memoir2025 | Cerita Dari Balik Lensa MG
Pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli, 42, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa bagi menangani gejala buli menegur pelajar pada waktu malam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Sekitar Keputusan Kes 1MDB Najib di Istana Kehakiman
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bersalah atas semua 25 pertuduhan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 26 DISEMBER 2025.
Cuti Umum Krismas
Reaksi pengunjung melihat hiasan krismas dan dekorasi menarik pada cuti umum sempena perayaan Hari Natal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Pavilion, Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 25 DISEMBER 2025
Hari Natal 2025
Pokok krismas dihias di tengah permainan papan luncur ais sempena sambutan Hari Natal 2025 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 24 DISEMBER 2025.
Reaksi Najib, Keluarga dan Tangisan Penyokong di Mahkamah
Reaksi penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas keputusan Mahkamah Tinggi menolak semakan kehakiman Najib berkenaan titah adendum untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 DISEMBER 2025.
Keluarga dan Penyokong Setia Bersama Najib
Isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi mengikuti keputusan berhubung kesahihan serta pelaksanaan Titah Adendum untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 22 DISEMBER 2025.
Aksi Final Piala FA 2025 JDT vs Sabah FC 5 –...
Pemain JDT, Jairo De Macedo Da Silva diasak tiga pemain Sabah FC pada perlawanan akhir Piala FA 2025 di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Sabah FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 14 DISEMBER 2025.

















