Wednesday, August 19, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Gelagat Penyokong Final Piala FA 2025 – JDT vs Sabah FC

Gelagat penyokong Johor Darul Takzim dan Sabah FC meredah hujan pada perlawanan akhir Piala FA 2025 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 DISEMBER 2025

Shamsul, Albert Tei Bebas Dengan Ikat Jamin

Reaksi bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selesai proses pembayaran jaminan RM150,000 melalui dua penjamin selepas didakwa berkaitan empat tuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 DISEMBER 2025.

Gelagat Calon-Calon Mengundi #PRNSabah

Calon BN N.16 Karambunai, Datuk Yakubah Khan menunjukkan kertas undinya kepada media pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2025.

LENSA MG | Hari Orang Sabah Memilih

Pengundi warga emas, Semsi Kahar, 82 menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Serusup, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 29 NOVEMBER 2025.

Manifesto BN ‘Bikin Balik Sabah’

Penduduk lengkap berpakaian tradisional Sabah membaca Manifesto Barisan Nasional (BN) selepas pelancarannya sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2025.

Zahid Lancar Manifesto Barisan Nasional #PRNSabah

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama calon BN N.58 Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta yang lain menunjukkan buku manifesto pada Pelancaran Manifesto BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2025.

Perjumpaan Ahli Parlimen Bersatu

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah keluar selepas mengadakan perjumpaan bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 18 NOVEMBER 2025.

Persaingan 4 Penjuru di DUN Senallang

Presiden Warisan merangkap calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama Parti Impian Sabah, Mohd Lipai @ Samsudin Sundalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Marunda KK Ampong dan Parti Bersama, Abdul Majid Angkulan selepas selesai proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N65 Senallang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Dewan Arena Masyarakat Semporna. Foto MALAYSIA GAZETTE, 15 NOVEMBER 2025.

Calon Parti Kebangsaan Sabah Dikejarkan ke Hospital

Calon Parti Kebangsaan Sabah, Dusi Gingging dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyerahkan borang penamaan calon DUN Kiulu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Seri Sulaman, Tuaran. Bagaimanapun Dusi sempat menghantar borang penamaan dan disahkan layak bertanding. Foto MALAYSIAGAZETTE, 15 NOVEMBER 2025.

Hajiji Pertahan DUN Sulaman Lawan 4 Calon #PRNSabah

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) bersama empat pesaing lain dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Warisan dan Parti Impian Sabah (PIS) selepas menyerahkan borang penamaan calon DUN Sulaman sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Seri Sulaman, Tuaran. Foto MALAYSIAGAZETTE, 15 NOVEMBER 2025.