Tuesday, September 8, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1895 Artikel 0 Komen

Lelaki Maut Ditikam Rakan Gara-Gara Telefon Bimbit

Pasukan forensik memeriksa mayat seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas dipercayai ditikam bertubi-tubi menggunakan parang oleh rakannya dalam pergaduhan berpunca daripada telefon bimbit di hadapan rumah mangsa di Jalan Mohd Akhir, Kampung Sungai Udang, Melaka, malam tadi. Foto REZA A HAMID, 11 MAC 2026.

Turun Azam Baki di Hadapan SPRM

Peserta hadir membawa plakad dan berkumpul pada Himpunan Tangkap Azam Baki di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 27 FEBRUARI 2026

Zahid Hamidi Hadir Dengar Permohonan Pembebasan Penuh 47 Pertuduhan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi senyum ketika hadir bagi mengikuti perkembangan permohonan pembebasan penuh terhadap 47 pertuduhan melibatkan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi, ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 24 FEBRUARI 2026.

Di Sebalik Topeng Seorang Wira Kecil

Kanak-kanak berpakaian kostum 'Spiderman' duduk berteduh sambil menunggu sumbangan ikhlas orang ramai ketika tinjauan di sebuah stesen minyak di Cheng, Melaka. Foto REZA A HAMID, 09 FEBRUARI 2026.

Sambutan Thaipusam 2026 di Batu Caves

Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2026.

Kurniawan Naim Moktar Angkat Sumpah di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 27 JANUARI 2026.

Bekas Panglima Tentera Darat dan Isteri Mengaku Tidak Bersalah

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan tiba di Mahkamah Sesyen KL bagi pertuduhan kes berkaitan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 22 JANUARI 2026

PM Lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membaca buku Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan Buku Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di PICC, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 20 JANUARI 2026.

YDP Agong, Sultan Ibrahim Rasmi Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-15

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat tiba diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas 2026 di Parlimen, Kuala lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 JANUARI 2026.

Hari Terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2025

Para perwakilan UMNO hadir mendengar ucapan pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 17 JANUARI 2026.