Home Utama Helikopter terhempas di Ulu Baram, lima dalam pesawat di Ulu Baram

Helikopter terhempas di Ulu Baram, lima dalam pesawat di Ulu Baram

@malaysiagazette

Helikopter Flying Doctor Service bawa lima penumpang terhempas berdekatan Long Lellang STOLport, Sarawak hari ini – CAAM. HelikopterTerhempas MalaysiaGazette Video : Orang Awam

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter milik Layang-Layang Aerospace terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport) di Ulu Baram, Sarawak, petang ini, lapor Astro Awani.

Helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu dipercayai membawa lima individu termasuk juruterbang.

Berdasarkan maklumat awal, helikopter itu dilaporkan terhempas di penghujung landasan sebelum meletup dan terbakar.

Bagaimanapun, keadaan kesemua individu yang berada di dalam pesawat masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial.

Detik-detik cemas sebelum helikopter terhempas sempat dirakam oleh penduduk Kampung Long Lellang Marudi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan menerima maklumat mengenai insiden tersebut pada pukul 3.58 petang.

Menurut CAAM, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Siasatan akan dilaksanakan mengikut Bahagian 26 (XXVI) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here