Lensa MalaysiaGazette
Himpunan Daulat Tuanku #FullStop
Ribuan peserta berbaju kuning sambil membawa sepanduk hadir ke Himpunan Daulat Tuanku sebagai tanda solidariti kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 16 MEI 2026.
LENSA MG | Amanat Presiden #80Tahun UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Amanat Presiden sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 02 MEI 2026.
Suspek Pukul Isteri Hingga Keguguran Direman 7 Hari
Anggota polis membawa seorang lelaki selepas mendapat perintah reman selama 7 hari bagi membantu siasatan atas tuduhan memukul isterinya hingga keguguran di Mahkamah Sungai Petani, Kedah. Foto MALAYSIAGAZETTE, 29 APRIL 2026.
Pameran DSA2026
Kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia bergambar bersama trak Infantry Combat Vehicle (ICV) pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di MITEC, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 22 APRIL 2026.
PM Lawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-19
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat reruai pameran pada Pembukaan Pameran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 APRIL 2026.
Persediaan Bekerja Dari Rumah ‘BDR’
Penjawat awam membawa balik fail-fail kerja sebagai persediaan melaksanakan inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) yang bermula esok berikutan keputusan kerajaan melaksanakan dasar BDR susulan krisis tenaga global ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 14 APRIL 2026.
Fitnah Makan Diri: Ustaz Fauzan, Papagomo Akui Kesilapan Fitnah Fahmi Fadzil...
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (kanan) memeluk pengendali Facebook, Mohd Fauzan Madzlan selepas perbicaraan kes fitnah diselesaikan secara baik ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MALAYSIAGAZETTE, 06 APRIL 2026.
Gelagat Pelajar-Pelajar Ketika Pengumuman Keputusan SPM 2025
Reaksi pelajar, Syed Dayyan Syed Syahril Anuar menangis kegembiraan bersama ibu dan bapanya ketika mendapat keputusan cemerlang 9A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada majlis pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025 Peringkat Negeri Perak di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2026.
LENSA MG | Takbir Bergema di Malam Raya #Aidilfitri2026
Penduduk berarak melaungkan takbir raya sambil memalu kompang mengelilingi kawasan perumahan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Flat Taman Setia Balakong, Seri Kembangan, Selangor. Foto SADIQ SANI, 20 MAC 2026.
Reaksi Zamri Vinoth di Mahkamah KL
Reaksi ceria Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth ketika tiba dengan tangan bergari bagi menghadapi pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL 17 MAC 2026.

















