Bagaimana Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi boleh dipercayai sebagai saksi sekiranya beliau sendiri mengakui telah mengelirukan Mahkamah dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebanyak empat kali?
Persoalan itu dibangkitkan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah susulan pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam prosiding saman sivil 1MDB hari ini.















