Lensa MalaysiaGazette
PERSIAPAN AKHIR – Pusat Penamaan Calon PRK N.23 Dun Chini ‘Disanitasi’
Petugas kebersihan melakukan kerja-kerja disinfeksi di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini menjelang hari penamaan calon pada esok hari di Institut Kemahiran Belia Negara Pekan, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 19 JUN 2020.
Wajah-Wajah MPT Bersatu Hadir Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM
Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Pertubuhan Alumni UM (PAUM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 JUN 2020.
Belakang Tabir – Detik-Detik Cemas “Dari ICU ke Liang Lahat”
Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur menjadi pasukan pertama di Malaysia yang melakukan bedah siasat ke atas mayat pesakit Covid-19 dan menemui cecair yang dikeluarkan daripada mayat tersebut masih mengandungi virus SARS-CoV yang aktif dan merbahaya.
Ini sekali gus memudahkan pasukan pengurusan pesakit Covid-19 termasuk melibatkan urusan pengebumian menguruskan mayat tersebut. foto MALAYSIA GAZETTE
Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam Jadi Tumpuan Pengunjung Rakam Kenangan
Penjawat Awam, Mohd Rizan Jainulla tidak melepaskan peluang berselfie bersama rakan-rakannya pada hari pertama Raya Aidilfitri kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Dataran Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 24 MEI 2020
Plaza Tol Sg.Besi dan Plaza Tol Gombak Sesak Dengan Kenderaan
Anggota trafik mengawal aliran trafik dari ibu kota menghala ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan ekoran orang ramai yang masih berdegil melakukan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung halaman walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan oleh kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 MEI 2020.
MalaysiaGazette dan NGO Serah Sumbangan Ramadan Kepada Golongan Memerlukan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Pengasas Halaman Nurani, Shahrul Nizam Kamal (kiri) menyerahkan sumbangan pada Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 #PKPB
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima buku titah Diraja yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 18 MEI 2020.
KECOH!!! Imigresen Kutip ‘Warga Asing Rohingya’ Naik Trak di Pasar Borong
Trak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membawa keluar pendatang asing tanpa izin dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Taman Sri Murni di Selayang. foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2020.
Berbuka Puasa Tanpa Meja dan Kaki Lima
Pekerja, Nur Azeean Othman (kanan) dan Syazwanis Dahron (kiri) menikmati juadah berbuka puasa di bahu jalan bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 05 MEI 2020.
Lepas Gian Selepas PKP, Joging di Taman Tasik
Aktiviti seperti joging antara yang dibenarkan selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari pertama bagi mencegah penularan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2020

















