Kebakaran hutan seluas kira-kira 4.05 hektar di Lorong 11, Perumahan Seri Mahkota Damai 11 di sini petang tadi.

KUANTAN – Kebakaran hutan seluas kira-kira 4.05 hektar di Lorong 11, Perumahan Seri Mahkota Damai 11 di sini petang tadi.

Menerusi kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan 3.31 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota tiba di lokasi pada jam 3.54 petang.

Komander Operasi, Syed Abd Hakim Syed Mohamad berkata, pemeriksaan mendapati kawasan terbabit turut merupakan laluan paip saluran gas Petronas selain berhampiran kawasan penempatan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Indera Mahkota selaku PKO bantuan BBP Taman TAS bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan dua nozel.

“Pasukan turut menggunakan tambahan dua aliran hos sepanjang 400 kaki serta dua nozel air daripada pam jentera pili bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Abd Hakim berkata, operasi turut mendapat bantuan daripada BBP Kuantan dan BBP Peramu selain sokongan pihak Petronas yang menempatkan lapan anggota serta dua unit Hilux di lokasi.

Keseluruhan operasi membabitkan lima anggota BBP Indera Mahkota bersama sebuah jentera FRT, enam anggota dan sebuah FRT serta sebuah water tanker (WT) dari BBP Peramu, manakala BBP Kuantan menghantar tiga anggota bersama sebuah FRT.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, JBPM Pahang memaklumkan pihaknya mula menerima panggilan berkaitan kebakaran hutan dan belukar di negeri ini susulan keadaan semasa.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk berhampiran kawasan hutan dan belukar dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan api merebak dengan cepat terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here