Tuesday, May 6, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1764 Artikel 0 Komen

Dr Wan Azizah di Majlis Makan Malam Korporat Advance Pact dan...

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama mantan Pengarah Kampus Bioperubatan Cambridge, Jeanette Walker (kanan) dan wakil Pesuruhjaya Tingga British, Her Excellency Ailsa Terry CMG (dua kiri) pada Majlis Makan Malam Korporat AP dan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) di Hotel One World, Petaling Jaya. Foto SYADILA AMARI, 14 JUN 2024.

Aksi Perlawanan Malaysia vs Taiwan 3 – 1 Kelayakan #PialaDunia2026 #PialaAsia2027

Pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid meraikan gol pertama semasa menentang pasukan Taiwan pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2024.

Gangguan Bekalan Air

Penduduk menadah air di tangki statik Air Selangor berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa lokasi sekitar lembah klang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 JUN 2024.

Calon Datuk Bandar di Mexico Maut Ditembak Ketika Berkempen

Pengawal keselamatan menjaga lokasi jenayah calon datuk bandar pembangkang, Alfredo Cabrera, yang dibunuh semasa penutupan kempen pilihan rayanya di Las Lomas, Guerrero, Mexico pada 29 Mei 2024. Foto AFP

Kekejaman Rejim Zionis di Rafah

Warga Palestin berkumpul dan melihat tapak serangan Israel ke atas kawasan kem yang menempatkan orang pelarian di Rafah pada 27 MEI 2024. Foto AFP

Tragedi Nahas Dua Helikopter TLDM

10 van jenazah yang membawa kesemua mangsa nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi tadi tiba di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 APRIL 2024.

Suasana Perjalanan Terakhir Tun Hanif Omar

Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni (hadapan) mengimamkan solat jenazah bersama para jemaah untuk bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 APRIL 2024.

Kawalan Ketat Suspek Warga Israel Ke Mahkamah

Polis membawa seorang lelaki warga Israel, Shalom Avitan berusia 38 tahun untuk didakwa atas pertuduhan memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 12 APRIL 2024.

Songkok, Lampu Hiasan dan Lemang #RayaAidilfitri

Legasi kedua Kedai songkok, Riznaldi Bakhtiar, 54 menggunakan mesin jahit bagi menghasilkan sentuhan yang lebih teratur bagi menyiapkan tempahan songkok pelanggannya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 04 APRIL 2024.

Aksi Perlawanan Malaysia vs Oman 0 – 2 #PialaDunia2026 #PialaAsia2027

Pemain Harimau Malaya, Arif Aiman melepasi pemain Oman, Mohammed Al Musalami pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia (AFC) 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 26 MAC 2024.