Lensa MalaysiaGazette
Persiapan Akhir Stesen Minyak #Budi95
Petugas mencuba kad pengenalan dan membuat persiapan akhir untuk para pelanggan berikutan pelaksanaan BUDI MADANI (BUDI95) yang bermula esok bagi warga ATM ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Batu Caves, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 26 SEPTEMBER 2025.
Semangat Merdeka Sambutan Hari Kebangsaan 2025 #RakyatDisantuni
Peserta mengibarkan Jalur Gemilang sempena selepas sambutan Hari Kebangsan ke-68 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2025.
Yang di-Pertuan Agong di Sambutan Hari Kebangsaan Ke 68
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan memandu sendiri kereta Proton Satria Neo berwarna biru dengan nombor pendaftaran, WWW1 hadir pada sambutan Hari Kebangsan ke-68 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2025.
Suasana Awal, Persiapan Peserta Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Peserta persembahan membuat persiapan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2025.
Suasana Penggalian Semula Kubur Jenazah Syamsul Haris
Jenazah pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin dibawa masuk ke dalam van jenazah selepas penggalian semula kubur bertujuan membolehkan bedah siasat kali kedua di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu. Foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2025.
Rusuhan Meletus di Luar Bangunan Parlimen Indonesia
Anggota polis menjadi sasaran bom molotov semasa demonstrasi menentang gaji dan elaun tinggi yang diberikan kepada Ahli Parlimen serta menuntut pembubaran parlimen berhampiran bangunan Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta pada 25 Ogos 2025. Foto AFP.
Justice for Zara Qairina
Peserta daripada pelbagai lapisan kaum antara 10,000 peserta hadir himpunan aman ‘Justice For Zara Qairina’ menyatakan simpati terhadapnya di hadapan Dataran UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka. Foto REZA A HAMID, 16 OGOS 2025.
Kapal Hantu Hanyut
Sebanyak 17 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM Terengganu dan Pahang melakukan pemeriksaan pada sebuah 'kapal hantu’ yang hanyut di perairan Pelantar Minyak Semangkok A di Kemaman, Terengganu. Foto MALAYSIAGAZETTE, 15 OGOS 2025.
Formasi Ketika Terbenamnya Matahari #TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat formasi dan ujian ketika matahari terbenam pada Eksesais TAMING SARI dan KERISMAS di Kota Kinabalu, Sabah. Foto MALAYSIAGAZETTE, 30 JULAI 2025.
Terima Kasih! PDRM, APM, Peniaga di Himpunan Turun Anwar
Anggota PDRM mengawal keselamatan pada perhimpunan Turun Anwar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 26 JULAI 2025.
















