Thursday, August 20, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1891 Artikel 0 Komen

Ribuan Baju Hitam Hadir Himpunan Turun Anwar

Ribuan peserta Perhimpunan ‘Turun Anwar’ tetap berkumpul biarpun dalam cuaca hujan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 26 JULAI 2025.

Gelagat Rafizi Ramli di Dewan Rakyat

Gelagat Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bermesra dengan ahli-ahli parlimen selepas dipindahkan tempat di blok D berikutan perletakan jawatannya sebagai menteri pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di bangunan Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 24 JULAI 2025.

Rakyat Dengar Pengumuman Penghargaan PM

Peniaga kedai runcit, Arokiamary, 70 menonton secara langsung di media sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2025

Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat

Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) hadir pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 JULAI 2025.

Pemandangan Ibu Kota Terjejas, IPU Hampiri Tahap Tidak Sihat

Pemandangan bangunan pencakar langit ibu kota kelihatan sedikit kabur berikutan jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 98 setakat 7 malam ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 JULAI 2025.

Hari Kelahiran Tun M #100Tahun #10Julai

Reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membaca kad ucapan pada sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke 100 di Kompleks Yayasan Perdana, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JULAI 2025.

100 Tahun TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Perasmian MPOB Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC 2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto arkib MalaysiaGazette, 19 NOVEMBER 2019

Hilman vs Hasbie | Dialog MG ‘Payung Besar Orang Melayu’

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Hasbie Muda (kiri) bersama Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham pada program Dialog MG, Payung Besar Orang Melayu Ibu Pejabat MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2025.

Tiga Suspek Bunuh Penuntut Universiti Direman

Tiga suspek seorang lelaki dan dua wanita direman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung kes penuntut universiti swasta dibunuh di Cyberjaya di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor. Foto MALAYSIAGAZETTE, 27 JUN 2025

Sekitar Keputusan Rayuan SIS Cabar Fatwa di Mahkamah Persekutuan

Reaksi Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa bersama penyokong selepas Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) berhubung pertikaian menyentuh fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng di Istana Kehakiman Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2025.