Lensa MalaysiaGazette
Amiruddin Hamzah Lancar Sistem Carian Harta Tanah Tidak Terjual
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Amiruddin Hamzah (tengah) melawat tapak pameran ketika hadir pada Majlis Taklimat Pasaran Harta Tanah H1 2019 dan Pelancaran Sistem Carian Harta Tanah Tidak Terjual (UPESM 2.0) di Dewan Jubli, INSPEN Kajang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 23 SEPTEMBER 2019.
LENSA MG | Malam Anugerah Bintang Popular ABPBH32
Pelakon, Syafiq Kyle memenangi Anugerah Gandingan Serasi Filem Popular dan Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH32) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2019.
TERKINI : Keunikan Belajar dan Mengajar Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON
TERKINI : Keunikan Belajar dan Mengajar Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON
LENSA MG | “PERCUMA” Belajar Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON
Reaksi salah seorang peserta ketika sesi pembelajaran pada kelas Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.
DAILY LIFE | Indeks Pencemaran Udara (IPU) #JEREBU
Kelihatan matahari berwarna kemerahan akibat jerebu yang melanda hari ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 159 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam enam petang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 SEPTEMBER 2019.
LENSA MG | Najib Tinjau dan Lawat Mangsa Rumah Kena Roboh
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras Hilir Sungai Buloh, Azroy Abdul Manaf (tengah) mengenai rumah-rumah yang dirobohkan ketika melawat penduduk dan lokasi rumah tersebut di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2019.
Pemimpin PAS-UMNO Tinjau Keadaan Mangsa Rumah Diroboh
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (kanan) dan Ketua Pembangkang Dun Selangor, Mohd Rizam Ismail (tengah) bagi mendengar permasalahan penduduk selepas rumah mereka dirobohkan oleh Kerajaan Selangor di penempatan sementara yang disediakan oleh penduduk kampung di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 SEPTEMBER 2019
LENSA MG | Kerajaan Selangor Roboh Rumah Penduduk di Paya Jaras
Kelihatan seorang penduduk meninjau keadaan rumah mereka yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Selangor di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 SEPTEMBER 2019
Khalid Samad pada Persidangan WCSC 2019
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad diiringi Pengerusi Persidangan Antarabangsa Bandar Raya Mampan Bertaraf Dunia 2019 (WCSC 2019), Ra Adrina Muztaza (tengah) melawat tapak pameran pada Persidangan Antarabangsa Bandar Raya Mampan Bertaraf Dunia 2019 (WCSC 2019) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 19 SEPTEMBER 2019.
Maszlee Malik Rai Kejayaan Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik beramah mesra bersama pemain pada Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Malaysia selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Global J-Green Sakai 2019 Osaka Jepun di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 18 SEPTEMBER 2019