Lensa MalaysiaGazette
Mahfuz Omar Rasmi Seminar Kebangsaan dan Kesihatan Pekerjaan 2019
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar diiringi Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Omar Mat Piah (kiri) meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 18 SEPTEMBER 2019
NGO Serah Laporan Forensik kepada KPKT
Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan bergambar bersama laporan selepas menyerahkan Laporan Siasatan Forensik sebuah video intim mirip Menteri Kabinet di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 18 SEPTEMBER 2019.
Daily Life – Topeng Muka Murid Sekolah #Jerebu
Gelagat salah seorang murid sekolah yang memakai topeng muka kerana terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 163 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 1 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2019.
LENSA MG | Sekolah Tutup #CutiJerebu
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) yang ditutup harini kerana terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 184 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 1 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 17 SEPTEMBER 2019.
Daily Life – IPU di Putrajaya Terjejas #Jerebu
Kelihatan Bangunan Perdana Putra yang terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 204 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 6 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 16 SEPTEMBER 2019.
DAILY LIFE | Kuala Lumpur di Landa Jerebu
Sekumpulan pelancong berjalan berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur yang terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 156 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 3 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 16 SEPTEMBER 2019.
Isu Zakir Naik, Ahli Parlimen Klang Hadir di Bukit Aman
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilihat sedang membuat panggilan ketika hadir untuk memberi kenyataan mengenai pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 16 SEPTEMBER 2019.
PJ City Tewas 2-3 JDT di Stadium MBPJ
Pemain JDT, Safawi Rasid menahan bola sambil diasak pemain PJ City, Aizulridzwan Razali mengawal bola sambil diasak pemain JDT, Syafiq Ahmad pada perlawanan Piala Malaysia diantara pasukan PJ City menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2019.
LENSA MG | Suasana Ribuan Ahli PAS-UMNO di Himpunan Penyatuan Ummah...
Gambar potret Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjulang keris dibawa masuk pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 SEPTEMBER 2019
LENSA MG #HPU914 | Townhall Anak Muda PAS-UMNO
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin bergambar kenangan bersama peserta pada Sesi Townhall Anak Muda di Plaza Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 SEPTEMBER 2019