Lensa MalaysiaGazette
LENSA MG | Suasana Hari Pertama UPSR
Seorang murid Darjah 6, Jenovah Aesudavid yang mengalami kecederaan dikaki tenang menjawab peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) meskipun diasingkan dari murid lain ketika tinjauan Malaysia Gazette pada hari pertama ujian tersebut di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 04 SEPTEMBER 2019.
Saifuddin Nasution Lancar Food Bank Master Malaysia
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Ab Wahab Long (dua kanan), Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz (dua kiri) dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Food Bank Master Malaysia di Le Meridien, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 03 SEPTEMBER 2019
Gelagat Pelajar Baharu Melapor Diri di UPM dan UM
Seorang pelajar membawa barangan keperluannya selepas selesai mendaftar sempena Sesi Pengambilan Pelajar Baharu bagi akademik 2019/2020 di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2019.
LENSA MG – Gelagat Agong dan Raja Permaisuri Curi Tumpuan #HariKebangsaan2019ke62
Gelagat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan semasa menyaksikan persembahan pada acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 31 OGOS 2019
Daily Life – Persiapan Sebelum Upacara Perarakan Hari Kebangsaan 2019
Anggota Angkatan Tentera melakukan persiapan terakhir pada acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 31 OGOS 2019
Harimau Malaya Tewas 0-1 Jordan di Bukit Jalil
Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha berebut bola dengan pemain Jordan, Youseff Abu Jazar ketika beraksi pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.
Menteri, Zuraida Kamaruddin Serah Surat Tawaran PPR kepada Shima Penyanyi 90’an
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (dua kiri) menyerahkan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Penyanyi, Ku Nazhatul Shima atau Shima (tengah) diiringi Pengerusi Yayasan Kebajikan Tanahair, Datuk DJ Dave (dua kanan) pada Majlis Penyerahan surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, Petaling Jaya di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.
LENSA MG | PERASMIAN Minggu Usahawan Nasional 2019
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof meluangkan masa melawat pameran pada Minggu Usahawan Nasional 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OGOS 2019
LENSA MG | Raptai Penuh Perarakan Hari Kebangsaan 2019
Anggota beruniform melakukan perbarisan pada sesi raptai acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OGOS 2019
Tan Cheng Hoe, Vital Borkelmans Sedia Perlawanan Persahabatan Malaysia, Jordan
Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (kanan) dan Ketua Jurulatih pasukan Jordan, Vital Borkelmans (kiri) berjabat tangan pada sidang media khas menjelang perlawanan persahabatan Malaysia lawan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 29 OGOS 2019.