Muhaimin Marwan
Immersify KL, Galeri Seni Media Multidimensi Pertama di Malaysia
Sebahagian pengunjung meluangkan masa pada hari cuti umum berkunjung ke Immersify KL merupakan galeri seni media multidimensi pertama di Malaysia yang telah dibuka secara rasmi pada 28 Februari 2025 dengan menampilkan gabungan seni, teknologi dan budaya Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di The Labs, Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 MEI 2025.
Keadaan Terkini Kesan Letupan Paip Gas
Petugas melakukan proses menstabilkan tanah berikutan insiden letupan paip gas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putra Heights, Subang Jaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 APRIL 2025
Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar Bersama Ahli Parlimen
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menunjukkan keadaan kawasan perumahan yang berdepan dengan pelbagai masalah pada Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar (XPDC PSB) di Pangsapuri Desa Bakti, Gombak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 APRIL 2025
Pembukaan Semula Menara KL
Menara Kuala Lumpur kelihatan bercahaya pada waktu malam menandakan pembukaan semula menara itu kepada orang ramai selepas ditutup sejak 17 April lalu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 APRIL 2025.
Notis Penutupan Sementara Menara KL
Notis penutupan operasi dilekatkan pada bahagian pintu masuk utama ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette berikutan penutupan sementara Menara Kuala Lumpur mulai hari ini untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan pengurusan baharu. Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 APRIL 2025
Pusara Tun Abdullah
Jemaah berdoa dan menziarahi pusara Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang selamat disemadikan semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 APRIL 2025
Kastam Tumpaskan Sindiket Seludup Bunga Ganja
Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman menunjukkan dadah jenis bunga ganja pada Sidang Media Kejayaan Kastam merampas dadah bernilai RM20.57 juta di KLIA, Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 APRIL 2025
Barangan Musnah, Dugaan Setiap Tahun Penduduk Sri Muda
Penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan perumahan mereka yang terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat yang berpanjangan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 APRIL 2025.
Meet Anwar @ IIUM, A Special Homecoming
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan warga UIAM pada majlis `Meet Anwar @ IIUM: A Special Homecoming' di Universiti Islan Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 APRIL 2025
Semoga Berjaya Abang Bomba! Mohd Fakhrul Munir
Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa diiring Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad (kanan) sebelum berlepas ke Nepal membawa misi pendakian ke puncak tertinggi dunia, Gunung Everest menerusi Projek Pendakian Amal Bomba de Everest 'Mencari Hati Emas' di KLIA, Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 07 APRIL 2025